TEKA teki mengenai bila tarikh pilihan raya umum ke -12 mungkin sudah terjawab. Daripada perkembangan dan maklumat yang boleh dipercayai, tarikh dan masanya sudah jelas. Pihak parti Barisan Nasional (BN) sudahpun diberi isyarat nyata dan tegas yang pilihan raya akan tiba pada bila-bila masa sahaja.
Presiden Umno, Abdullah Ahmad Badawi diberitakan telah memberi arahan jelas dan tegas yang pilihan raya akan diadakan dalam tempoh 100 hari dari sekarang. Serentak itu parti Umno dan komponen BN telah diminta bersiapa sedia.
Arahan itu dibuat ketika pertemuan dengan Ketua-Ketua Badan Perhubungan Umno yang diadakan secara berperingkat. Ketua-Ketua Perhubungan Umno juga telah memaklumkan arahan itu kepada peringkat bahagian dan seterusnya cawangan.
Ekoran arahan itu sesetengah Ketua Perhubungan Umno telah tergesa-gesa menyusun calon masing-masing. Setengah negeri telah pun selesai manakala yang lain masih belum beres sepenuhnya.
Mengambil kira edah itu ini bermakna pilihan raya akan diadakan dalam tempoh tiga bulan dari sekarang. Kalau tarikh perkiraan itu dimulai Disember, ini bermakna edah pilihan raya umum ke-12 ialah antara Januari dan Mac.
Jika dijenguk keledar tahun hadapan dan dipadankan dengan edah yang diberikan itu, ianya besar kemungkinan pada awal Mac. Kebetulan pada awal Mac juga sekolah mengalami cuti pendek. Mengikut kelazimannya pilihan raya diadakan waktu cuti persekolah kerana kebanyakan tempat mengundi digunakan di sekolah.
Cuti pendak itu kesempatan paling baik digunakan untuk mengadakan pilihan raya.
Bagaimana pun Parlimen dan Dewan Undangan Negeri dijangka akan dibubarkan seminggu lebih awal iaitu pada penghujung Februari antara antara 21 hingga 28 Februari.
Dengan mengambil kira ramalan itu dikira paling tepat, bermakna, tempoh pilihan raya umum dihtiung dari hari ini ianya akan berlangsung kira-kira 121 hari saja lagi. Jika dikira jam ianya dalam tempoh 2,904 jam. Sekiranya tempoh itu dibahagia dua ia bermakna dalam tempoh dua bulan sahaja lagi.
Kalau tempoh dua bulan itu dibahagi dua ini bermakna, pilihan raya hanya tinggal 30 hari saja. Parti politik dalam membuat persiapan pilihan raya tidak boleh mengambil kira sepenuh masa itu, sebalik mereka perlu mengira dan beranggapan ianya sangat semput di mana masa yang paling selesa untuk membuat persediaan hanya sekitar ialah 28 hari sahaja.
Selamat membuat persiapan dan berpilihan raya!
My Comment:
Yang penting pangkah yang perlu dipangkah...Jalankan tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia. Bila dan di mana...masanya akan sampai juga!
kEk c0klAt kUkuS simple....
11 years ago
1 comment:
cikgu ni kat mana lerr agaknyer yer?????
Post a Comment