SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN
       KEKOSONGAN JAWATAN:
       A. Ahli Syurga Dari Awal.
       B. Ahli Neraka Dari Awal.
       C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli  Syurga.
       EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
       1. Nikmat kubur.
       2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
       3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
       4. Syurga yang kekal abadi.
       TARIKH TEMUDUGA:
       Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.
       LOKASI TEMUDUGA:
       Di dalam kubur (alam barzakh).
       KELAYAKAN:
       Anda tidak perlu bawa siji-sijil.
       Anda tidak perlu bawa pingat.
       Anda tidak perlu bawa wang atau harta (yg banyak).
       Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan  tegap
       atau seksi.
       Sila bawa dokumen asal Iman dan Amal.
       PANEL/PENEMUDUGA:
       Mungkar dan Nakir.
       ENAM SOALAN BOCOR:
       1. Siapa Tuhan anda?
       2. Apa Agama anda?
       3. Siapa Nabi anda?
       4. Apa Kitab anda?
       5. Di mana Kiblat anda?
       6. Siapa Saudara anda?
       CARA MEMOHON:
       Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk  menjemput
       anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin
       sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan
       akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.
       TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
       Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud
       begini:
               Sabda Rasullah SAW: "Sesungguhnya apabila jenazah  seseorang
       itu diletakkan di
               dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara
       terompah kasut) orang2
               yang menghantarnya ke kubur pada  saat mereka  meninggalkan
       tempat itu. Jika mayat
               itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya  ketika
       beliau masih hidup di dunia
               akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan  disebelah
       kanannya, zakatnya
               diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan  daripada
       sedekahjariah, silaturrahim,
               perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua  kakinya.
       Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu  berkata
       kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian
       malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka pu! asa berkata  kepadanya
       : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah
       kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dariarasku tidak  ada
       jalan masuk. Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya  dan
       berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk.
       Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya  (mayat)
       memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat
       bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang  seorang
       laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap  tentangnya;
       dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu  :
       Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata
       malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh  saja
       solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah  pandangan
       kamu tentang seorang laki -laki Muhammad) yang kamu dahulu  sentiasa
       bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada
       nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad  saw
       dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh  Allah
       yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka
       malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan  dan
       begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu
       dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka  baginya
       satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan  itulah
       janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka
       bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya  seluas
       70 hasta dan disinari cahaya baginya"
       Nampaknya pertahanan kita perlu kuat dari semua aras (kepala,  kanan,
       kiri dan hujung kaki).!
       Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.
       Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dlm temuduga ini....
kEk c0klAt kUkuS simple....
12 years ago

 
 
 
 

No comments:
Post a Comment