Semuanya bermula dengan imaginasi..
Percayakah anda kalau saya katakan, imaginasi memang boleh menjadi realiti?
Selama ni, saya suka bermain dengan imaginasi.
Saya suka mengimaginasikan kereta idaman saya, rumah yang saya mahu miliki dan untung bersih sejuta ringgit dalam penyata akaun bank saya.
Bila saya kekurangan duit, saya bayangkan yang saya menerima duit pada hari itu, saya bayangkan sekerap mungkin. Saya mulakannya dengan niat.
Tiba-tiba, saya mendapat cetusan berbagai ilham, idea dan inspirasi. Selepas itu, banyak order masuk yang saya terima. Lalu ini menyelesaikan masalah kewangan saya. Secara jujur, saya mengakui, perkara ini dah banyak kali terjadi dalam hidup saya.
Setiap hari, bila selepas solat subuh dan sebelum tidur, saya selalu membayangkan memandu kereta idaman, berehat di ruang tamu rumah idaman saya yang selesa dan bercuti ke pulau bersama keluarga. Saya dapat melihat kegirangan yang terpamer di air muka setiap ahli keluarga saya, senyuman mereka dan hilai tawa mereka.
Bahkan, saya dapat membayangkan rasa masin air laut itu bila terkena bibir saya.
Itulah impian saya satu hati nanti. Buat masa sekarang, saya mahu menggunakan peluang berniaga melalui internet ni untuk mengubah nasib, disamping memenuhi dorongan minat terhadap perniagaan. Saya tak minat benda lain.
Bila selepas solat subuh dan mula menekan butang power komputer saya, rasa teruja sangat, tak sabar nak bekerja. Itulah yang terjadi setiap hari.
Saya asyik memikirkan idea untuk membuat produk baru. Bila asyik memikirkannya, idea timbul secara tiba-tiba. Bila keluar dari rumah, saya akan bawa satu buku nota kecil dan 2 batang pen kemana saja saya pergi. Idea boleh timbul di bila-bila masa dan di mana saja, walaupun saya tengah berenang!
Bila saya asyik berimaginasi tentang kereta idaman, saya akan melihatnya sepanjang hari, entah kenapa saya melihat banyak kereta model itu yang saya nampak. Hari ini , tiba-tiba timbul di depan saya beberapa kali, melintas entah dari mana. Itulah keajaiban minda.
Satu-satunya kereta yang paling saya minat, Satria Gti. Bentuknya sporty itu membuatkan saya tidak tenang bila mau tidur malam.
Mungkin anda juga sama. Saya mau buktikan dengan internet, saya juga boleh menjana wang sebagai usahawan, tak semestinya bekerja makan gaji saja. Tak semestinya kerja dalam ofis dan pakai neck tie saja. Berniaga dah menjadi minat saya.
Bisnes tak semestinya main pasang-pasang, kena cari downline atau kena maintain point. Dah ramai kengakawan berjumpa dengan saya, minat saya join MLM network macam DCL, Elken, CNI, MyMode dan paling baru, EmPay dan Uptrend. Itu juga satu cabang bisnes.
Tapi saya tak minat. Maybe sebab saya tolak jadi masuk diorang kata bisnes internet ni tak boleh cari makan. Saya diam saja. Ndka tau mau cakap apa...
Dengan wajah kebudak-budakan di muka saya ni, saya tak pandai nak meyakinkan orang lain untuk jadi downline saya, sebab saya tiada kredibiliti secara offline. Jadi, bisnes MLM bukan untuk saya. Bekerja depan internet lebih ngam dengan jiwa saya yang minat komputer dan teknologi..
Jadi berbalik pada topik imaginasi, memang ia telah banyak memberi keajaiban dalam hidup saya. Anda juga boleh begitu, cuam perlu tahu cara-caranya. Memang mencabar tapi anda boleh mula mempelajarinya.
Halangan paling utama ialah diri sendiri.
Dari: Shueqry
My Comment: Kita adalah APA yang kita fikirkan...
No comments:
Post a Comment