Hari ini, aku mula "bertugas" dari jam 7.30 am sehinggalah 8.30 pm. Bermula dari rutin biasa menghantar Anisa ke sekolah, aku terus ke TM Point kerana streamyx kat rumah low connection sejak seminggu dua. Aku tak ambik port pasal aku pakai Diginet tapi gangguannya timbul bila Diginet pun mula slow...
Selepas itu aku ke MCIS Zurich, saja jumpa member lama si Aini dan bos MCIS di Ipoh, Kris sebab dah setahun tak bertanya khabar. Al kisah aku punya ejen insurans, Encik Kamarolzaman telah kembali ke rahmatullah kerana leukemia. Sedih bila Aini ceritakan kisah kematiannya. Bermula dari isterinya kemalangan sehingga hilang ingatan, dia begitu sibuk menjaga 5 anak yang masih kecil sehingga mengabaikan kesihatannya. Apabila si isteri kembali pulih, tahap penyakit sudah terlalu kritikal sehingga tidak dapat diselamatkan. Alhamdulillah, MCIS membayar sebanyak RM 100 000 sebagai pampasan. Malahan beliau sempat mencarum untuk isteri dan anak-anak. Maka mereka tidak perlu membayar premium tetapi akan menerima keuntungan bila tiba masanya. Ambillah iktibar. Walaupun aku seorang pemboros tetapi aku mula mencarum dari tahun pertama aku menjadi guru. Budak buas katakan..banyak jugalah jasa MCIS kepada aku kerana ada juga dua ke tiga kali claim kemalangan!
Dari situ aku ke Digi centre..biasalah bila dapat gaji, bayar bil... Selesai urusan aku di situ, terus aku balik ke rumah kerana ada janji dengan pegawai dari Lembaga Peladang Perak. Rupa-rupanya dia terlupa! Ada ke patut...So aku terus ke paejabatnya di Chemor dan dari situ aku terus ke Siputeh, Parit dengannya. Sepanjang perjalanan banyak peluang yang aku nampak. Rupa-rupanya Malaysia ni money pit (lubuk duit)! Cuma anak muda Malaysia tak nampak semua itu kerana buta dengan kesenangan yang diterima. Maka berduyun-duyunlah mat-mat Bangla, Minah Indon, mamat Siam tak kurang mereka dari Sudan, Filipina atau Negara Barat yang datang mencedok kekayaan Malaysia untuk dibawa pulang.
Antara peluang terbuka di depan mata aku ialah dalam bidang ternak lembu, sebenarnya itu merupakan satu projek cantik bagi siswazah mengganggur yang tersadai ketiadaan kerja! Hadhari Cattle Sdn. Bhd menyediakan ruang dan peluang secara percuma untuk membuat duit buta! Apa tidaknya, mereka akan memberikan wang pinjaman sebanyak RM 180 000, lembu, kepakaran dan kemudiannya lembu-lembu yang mencecah berat 450 kg itu akan dibeli semula oleh Hadhadi Cattle. Fuiyooh..duit free. Tapi kena kerja keraslah.
Selain dari itu, banyak tanah kerajaan yang boleh dibangunkan dengan sewaan serendah RM 2000 setahun untuk tanah seluas 200 ekar. Sewa tanah ini hanya dibayar selepas 3 tahun kita menyewa. Alamak wa cakap lu... banyak benda yang boleh dibuat.
Sekarang ni paling in-thing ialah cendawan. Aku sendiri pun dah jumpa lubuknya tapi belum bersedia nak venture kerana bukan masaalah modal tapi masaalah, adakah itu yang aku nak? Setakat nak buka minda orang memang jadi!
Dari situ, aku bersama Anisa, Abdul Rahman dan pegawai LPP makan tengahari di Restoren Tasik Raban yang memang sentiasa menjadi penaik semangat dalam dunia masakan! Aku selalu bercerita pada mak, kalau nak besarkan kedai makan di Taiping, gunakan konsep Restoren Tasik Raban yang berfokus kepada pelbagai masakan kampung.
Selepas menghantar pegawai tu balik ke pejabat, aku terus ke tadika di Bandar Sri Klebang untuk berjumpa dengan rakan kongsi tadika yang aku tak jumpa selama setahun! Nak kutip untung..dah cukup haul! Dalam diam sebenarnya rakan kongsi aku dah membuka 3 cawangan dan aku pun terfikir untuk membuka cawangan kedua bersamanya! Untuk membuat pinjaman dah jumpa link! So tinggal nak sembang semula dan buat proposal. Bisnes tadika ni banyak untung...
Bila balik tu dah ligat dah kepala!!
Bila sampai rumah, si Nita geng India aku telefon, kerana masalah visa. Aku kena serahkan pasport untuk buat visa ke India kerana salinan pasport yang di fax ke embassy tak dapat diproses.Ciss...Terus aku dan budak-budak ke padang Polo untuk berjumpa dengan Rudy, anak Nita untuk serahkan passport.
Balik ke rumah aku dah kepenatan, so dinner malam ni hanya mee sanggul dan kueteow bandung dari Pak Ali kat rumah wlaupun dah dikeluarkan ikan dan sayur untuk masak malam!
Selesai semua, aku test streamyx, rupa-rupanya ada sapa ntah offkan adsl kat pc. Buat penat jer pagi-pagi ke TM point. tapi salah aku juga tak check dulu.
Excitednya nak tunggu esok!

No comments:
Post a Comment