Ini baru takat minima jalan Kuala Besut. Ini adalah jalan utama, dan kebiasaannya kami akan menggunakan jalan alternatif Kg Raja- Kuala Besut. Ketika ini aku sedang saing dengan Kamarul untuk ke rumah bos untuk makan tengahari pulang dari melawat dan membersihkan sekolah dari kayu yang hanyut masuk ke perkarangan sekolah. Ketika inilah mak dan abah sangat risau sebab aku tak balik cuti dan menghabiskan cuti bulan November dan Disember di Besut.
Ketika banjir sampai ke takat maksima, tingkat bawah akan selamat ditenggelami air. Semasa ini, kami akan bergerak sekeliling sekolah menggunakan bot. Kalau berenang alamat hapus kepala.
Suasana perkarangan sekolah yang masih dimasuki dengan berenang tetapi dalam hati kecil aku memang risau takut air bah besar datang tiba-tiba. Kebiasaannya bila Sungai Jertih banjir (terletak 13 km dari sekolah) maka dalam tempoh 8 jam, sekolah akan banjir. Pernah sekali aku dikerah ke sekolah seawal 4 pagi untuk mula mengalih perabot ke tingkat atas.

Rasanya masa ni sedang menguji kekuatan menentang arus banjir! Masa ni air sudah mula naik dan banyak kayu yang akan tersangkut di pagar dan dalam kelas sehingga menyebabkan kerosakan teruk pada bangunan. Yang tak sanggupnya selepas banjir ialah untuk mencuci bangunan, kelas dan perabot. Kalau ada matahari yang menerang, cantekk...kalau tak jenuh lah nak tunggu kering.
Pada tahun 1996, aku masih lagi mengajar di SK Kg Nangka, Kuala Besut, Terengganu. Salah satu 'award' yang dimenangi oleh sekolah yang tidak dikenali langsung itu ialah "Anugerah Lompatan Saujana". Augerah itu sangat berprestij bagi sebuah sekolah yang seringkali lebih sibuk dengan banjir dan ibu bapa yang membawa parang ke sekolah atau abang yang sentiasa bersedia untuk membelasah guru. Itu belum lagi ditambah dengan bapa yang sering ke laut atas alasan mencari ikan tetapi sebenarnya membawa 'anak ikan'. Tak cukup dengan itu, anak-anak sekecil 7 tahun juga begitu mesra dengan buku-buku porno yang dkoyak dan ditebarkan dari tandas sehinggalah ke tong sampah.
Kalau diceritakan pula tentang graduan dari sekolah ini selalunya berakhir di perkarangan masjid Kuala Besut kerana AIDs, HIV ataupun mati kerana ketagihan ubat batuk. Penat sebenarnya berada di lubuk kehidupan yang begitu mendewasakan aku yang ketika itu masih lagi di usia sunti!
3 tahun 5 bulan dan 19 hari aku menjadi rakyat Kuala Besut benar-benar menjadikan aku antara insan yang begitu menghargai Anugerah Lompatan Saujana yang diterima dari Jabatan Pelajaran Terengganu kerana di saat aku melangkah meninggalkan perkarangan sekolah itu, aku berjanji aku akan kembali semula ke situ untuk membuktikan aku kini sudah FAHAM. Dan aku kembali ke sekolah itu pada Febuari 2004. Satu pandangan yang syahdu kerana dalam tempoh 10 tahun sekolah itu benar-benar berubah wajah dan identiti kerana kini, saban tahun sudah berjaya melahirkan ramai pelajar cemerlang sejajar dengan misi lompatan saujana yang menjadi laungan dalam hati setiap guru yang berpeluang menabur bakti di sana.
Ketika itu istilah Anjakan Paradigma juga mula meniti di bibir guru-guru besar, tetapi aku masih belum nampak kaitannya di antara Lompatan Saujana dan Anjakan Paradigma sehinggalah aku belajar memahami antara "mengikut arus perubahan" atau "menentukan arus perubahan".
Ustaz Mat (Guru Besar) banyak mendidik aku menjadi pendidik dan bukan sekadar guru bahasa. Sehingga hari ini aku sentiasa bersedia untuk menjadi penentu arus perubahan kerana kita perlu membuat lompatan saujana sejajar dengan anjakan paradigma yang mampu mengubah diri kita untuk sentiasa mengubah keadaan dan berubah mengikut keadaan.
Kini bila aku merenung kembali usia aku meniti dunia perguruan, aku sedar bahawa aku semakin dewasa dengan asam, garam, gula dan madu keadaan-keadaan yang membentuk aku kepada siapa aku hari ini. Walaupun aku tidak sehebat mereka-mereka yang diakui hebat tetapi sekurang-kurangnya aku tahu ada banyak kehebatan yang masih boleh diukir.

1 comment:
Errmmm...macam lompat kijang ka?
Post a Comment