Saturday, November 10, 2007

Apa Ada dalam Hidup ini?

Selalunya sebelum aku tidur, aku seringkali menggambarkan satu dunia yang putih dan suci...seputih tiang-tiang di dalam Masjidil Haram. Sesuci hati anak-anak kecil yang memandang dunia dengan pandangan yang tulus.

Apa yang kita cari dalam kehidupan yang begitu singkat ini? Apa yang kita harapkan sepanjang kita melangkah dalam perjalanan ini? Dapatkah apa yang kita kejar selama ini? Tersemat kukuhkan apa yang kita kendong selama ini?

Kehidupan seringkali memperdayakan kita dengan pelbagai ujian dan persoalan yang gagal kita huraikan. Aku juga sering tersasar dalam mencari pengertian dalam kehidupan ini. Memandang wajah hati ku, jelas sekali aku berada di landasan yang masih panjang. Sering kali aku tertanya-tanya, apa yang sedang menunggu aku di hujung landasan ini.

Hari ini hari baru, kita meninggalkan semalam dan pastinya esok akan membawa pengertian baru pada kehidupan. Salut!

No comments: