SEOUL: Jumlah bapa yang memilih untuk menjadi ’suri rumah’ meningkat lebih 40 peratus di Korea Selatan, sejak tiga tahun lalu, berikutan semakin ramai wanita mendapat kerja berpendapatan tinggi, yang sebelum ini didominasi lelaki.
Walaupun, masih ramai wanita bertanggung jawab menjaga anak, jumlah bapa yang memilih untuk tinggal di rumah bertambah kepada 151,000 pada 2006, berbanding 106,000 pada 2003, kata Pejabat Perangkaan Negara.
Wanita biasanya menghadapi cabaran besar di persekitaran kerja di Korea Selatan dengan kebanyakannya mendapat gaji lebih rendah daripada lelaki.
Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini lebih ramai wanita mendapat tempat dalam jawatan kanan bergaji tinggi di syarikat ternama menyebabkan ramai wanita itu terangsang untuk meneruskan kerjaya. – Reuters
My Comment: Aku pernah bersembang dengan seorang sahabat tentang peranan suami dalam rumah tangga, menurut beliau (seorang lelaki) tak salah jika suami mengambil alih peranan sebagai suri dalam rumah sekiranya tindakan itu melancarkan perjalanan sebuah rumah tangga. Tetapi aku pula berpendapat, belum masanya lagi buat lelaki-lelaki Malaysia yang masih leka dengan "post" mereka sebagai pencari nafkah keluarga walaupun "post" itu sudah mula dikuasai oleh isteri mereka!
No comments:
Post a Comment