Hari ini aku berpeluang bermalas-malas walaupun sambil mengasuh vs menjaga vs memandang dari jauh 4 askar yang cuti sepenuh masa!
Rutin yang bermula seawal jam 7 am dengan menghantar Anisa ke Poi Lam untuk Tuisyen. Seperkara yang aku suka pasal sekolah cina nih, waktu cuti sekolah pasti diisikan dengan kelas tambahan. Si Anisa ni agak slow dalam study tapi aku yakin dia akan pergi jauh kerana kelebihan bahasa dan pergaulan yang lebih luas akan membuka peluang-peluang yang di luar jangkaan.
Selepas hantar dia ke sekolah, aku terus ke market...apa tidak nya, selama nih..makan main order jer..nama je aku ni rajin memasak tapi disebabkan 1/2 tahun pertama aku tidak bermastautin di Malaysia maka jalan mudah ialah memesan makan dengan pengasuh bebudak ni. Bayaran bulan jangan tanya..boleh buat ansuran Toyota Vios! Bila aku ada pun terus je melanggan makan malam walaupun semua orang komplen tak sesedap masakan aku (ceewaaahhh ~ amik hati sebenornya sebab nak suruh aku masak...jimat kan) Tapi nak buat camna, jadual aku menjadi lebih padat dan sendat sebab aku banyak outstation dan mengajar sebelah petang!
So menu ari ni, kegemaran bebudak...sup pucuk dan suhun dengan fishball. Lawan pula dengan daging masak kicap. Mula macam rajin nak goreng sawi, tapi kansel last minit sebab sahih budak tak sentuh sebab dah ada sup pucuk..ada kentang lagi dalam tu! Complete dah menu tuh mengikut jadual makan sempurna...fuiyoo memang cikgu kesihatan!!
Selesai masak aku terus bawak bebudak ambil Anisa dari Poi Lam, lorrr dalam perjalanan balik si Sufi dah ada kemahiran baru, cuci cermin dengan air liur...habis di calit dan di jampi semua orang...walamak....eeeiiii...
Sampai rumah semua dah kelaparan. Hadap jerr...
Habis makan semua sibuk mengadap laptop dan pc. Rupa-rupanya si Aisyah ada kemahiran melukis dalam Paint. Cantik-cantik..nanti bila aku dah dapat cara nak link kan, aku akan taruk kat sini!
Si Adlin pula dah jemu main game, beralih pula pada jigzaw puzzle, dia ni dari umur 3 tahun lagi berminat dengan complexity dalam pembentukan! Dia akan cuba figure out benda-benda yang ada di sekeliling. Satu habit yang kalau dipupuk dan dirangsang..waaahhh...boleh jadi pakar dalam menyelesaikan masalah kompleks!
Sekarang nih..aku dah puas merayap dari satu website ke satu website, nampak gaya buku cerita aku tu belum dapatlah disentuh kerana banyak blog-blog menarik yang boleh dilawati dan ditimba cerita-cerita yang boleh dijadikan panduan dan pengalaman ataupun dikaitkan dengan kehidupan ku...
So aku sekarang nak bawa askar-askar ke Polo Ground. Aku wajib cari rojak buah, laksa buyung dan air cincau. Ingat macam nak test wireless kat sana tapi sahih tak kesampaian sebab si Sufi...faham-faham sajalah...
Esok, hari baru, cerita baru pulak.
kEk c0klAt kUkuS simple....
11 years ago
No comments:
Post a Comment