Friday, October 17, 2008

Anak ~ amanah kita

salam,

Kita adalah guru, pendidik, manusia yang bertanggungjawab membina manusia menjadi insan.Kita meninggalkan impak yang dalam dalam jiwa anak-anak generasi masa hadapan tetapi yang dikatakan masa hadapan adalah hari ini kerana hari ini akan menjadi semalam...Kalau kita gagal memahami peranan kita dan apa tanggungjawab kita, maka kita telah rugi dan kita bukan lagi yang terpilih.

Maka anak-anak itu akan berakhir menjadi manusia yang kita lihat dimana-mana sekarang. Kita tidak suka tapi masih memandang tanpa berbuat apa-apa.

Jadilah pendidik yang mendidik seperti itik mengajar anaknya berenang bukan seperti ketam mengajar anaknya berjalan. Dan seronok bila kita dikenali sebagai cikgu yang ajar tapi macam tak mengajar...carilah formulanya!

Komen yang aku tinggalkan di blog jinggo.

Hari Guru Sedunia ialah pada 5 oktober...tapi tak ramai yang menyedarinya!

6 comments:

Pak Ngah: said...

:: salam... itik dan ketam punya peranan yg sama... dan anak2 berjaya memperolehi kebijaksanaan dan kemahiran "ibubapanya"...

Sharifah Hassan said...

Salam kembali!

memang betul cuma yang dilihat ialah seringkali berlaku keadaan lain yang diajar, lain pula yang jadi!

Anak2 kini melalui proses pembangunan diri yang jauh lebih kompleks dari apa kita lalui apabila membesar.

Adakah ibu bapa bersedia memikul tanggungjawab atau mereka hanya menyerahkan kepada pihak pendidik?

Kenapa begitu?

Pak Ngah: said...

:: salam... semua pihak terlibat... bukan setakat ibubapa... bukan hanya pendidik... kita terlibat sama... semua sepatutnya terlibat dan melibatkan diri... tetapi itukah yang berlaku kini...?

:: kisah pelajar di SMK Perlis yg menendang guru itu boleh kita renungi dan fikirkan bersama... kenapa jadi begitu... kenapa guru perlu membuat laporan polis... adakah pihak berwibawa sekolah atau di peringkat daerah atau di peringkat JPN telah melakukan sesuatu untuk kebaikan bersama... dan mungkin benar kata sebilangan besar pendidik... bahawa murid dan pelajar kini terlalu MUA... terlalu MANJA... hmmm... betulkah begitu...?

Sharifah Hassan said...

Salam,

Kesilapan "KITA"...siapa kita?

Mengapa pelajar menjadi MUA atau MANJA?

Mungkin kerana kita terlalu ambil mudah dalam soal mendidik anak-anak dan hanya menumpukan pada keperluan duniawi sekaligus mengenepikan keperluan spiritual.

Pendidik kini berminat untuk mengajar tapi tidak memberi pengajaran.

Ibu bapa berminat hanya pada kehebatan akademik mengenepikan kehebatan anak-anak menggunakan ilmu untuk kebaikan dirinya.

Akhirnya kita menjadi ketam yang pandai mengajar tapi gagal menjadi itik yang mendidik...

Apa yang berlaku sekeliling kita telah meletakkan garis panduan bagaimana sesuatu itu perlu dilakukan tetapi akhirnya kita sendiri memilih untuk memudahcara dan mengambil jalan pintas dalam hal-hal yang dianggap remeh!(Isu anak murid menendang guru~ remeh sebab kita ada polis untuk menjalankan tanggungjawab mereka. Kita ada sekolah pemulihan untuk membetulkan anak-anak itu...konsep serah pada yang pakar tetapi kepakaran mendidik yang sebenarnya terletak ditangan siapa?

Pak Ngah: said...

:: ketam dan itik punya peranan yg sama... mengajar dan mendidik anak serta keturunannya...

:: cumanya kesilapan kita kerana mengambil contoh ketam... seolah2 ketam gagal mengajar anaknya berjalan betul sebagaimana binatang/haiwan lain... iaitu bergerak ke depan... sedangkan ketam mengajar dan mendidik anaknya agar berjalan tidak betul... dan berjalan tidak betul itu adalah cara berjalan yg betul bagi segala keturunan dan suku sakat serta warga ketam... kahkahkah...

Sharifah Hassan said...

Dah betul dah cara jalan si ketam (mengikut keturunannya) tapi kenapa kita mesti ikut cara ketam atau itik atau gajah atau monyet?

Kenapa tidak kita jalan seperti adanya manusia sepatutnya berjalan di muka bumi ini??

saya pun tak tahu...! Pastinya pakngah lebih tahu!!!