Tuesday, October 21, 2008

Sesuatu dari anak muridku...

tit..tit...tit...handphone aku berbunyi menandakan ada mesej masuk ketika aku sedang ghalit meninggalkan komen di blog rakanku.
+++++++Tcs A...a ++++++++
Saya ingin terbang m'cari kebebasan sendiri & m'capai impian saya. Selama nie family selalu ckp yg saya xde impian tp s'bnrnye saya ada impian, impian yg saya sendiri x pasti sama ada saya blh atau pun x...
Bolehkah saya m'capai impian saya???
Sender:
Tcs A..a
+6017546.....
Salah satu kisah anak murid yang aku tinggalkan di TCS. Aku mengenalinya ketika dia di tingkatan satu dan dia sangat takut dengan aku sebab aku sangat terkenal sebagai guru yang garang dan tegas. Kali pertama aku bercakap dengannya, dia tak berani membuka mulut dan hanya airmata yang mengalir. Dan pada suatu hari Puan Lee (Pengetua) masuk mengikut kelas kami, jelas dia sudah kembali ceria dan Puan Lee sendiri terkejut dengan perubahannya. Apabila dia menginjak ke tingkatan dua, aku masih lagi mengajarnya bahasa inggeris...dan selepas aku bertukar ke SMK Simpang, kami masih lagi bertukar sms.
Cuma sms ini membuat aku berfikir bahawa tugas kita sebagai pendidik tidak berhenti di pintu pagar sekolah semata-mata. Kita mempunyai kelebihan menyentuh jauh ke dalam hati kecil anak-anak murid kita untuk menyebut apa jua yang terpendam...
Jawapanku pada sms itu:
Usaha sungguh2 bukan untuk membuktikan pada family tapi untuk diri sendiri...Cari kekuatan A..a dan dari situ tanamkan keazaman...Saya yakin!

2 comments:

Unknown said...

jawapan kepada anak murid kita - hidup tanpa impian umpama main bola tidak ada tiang gol - dalam usia remaja tentunya kita ada perbagai impian yg dipengaruhi oleh persekitaran.pastinya kita harus tahu impian seharus bergerak selari dengan potensi kita...mengenai parent.ada cerita yg berbeza...( sebab kadang2 ada impian yg tdk meyakinkan mereka )- sebab impian yg ingin dicapai dihujung ada 2 ( berdasarkan pandangan parent - jaminan kerjaya dan keuwangan ).untuk itu ; jumpa orang yg lebih dewasa.bincang.bincang dan terus berbincang....

Sharifah Hassan said...

jawapan kepada guru kepada anak murid kita:

sesungguhnya kata-kata cikgu adalah sangat tepat bagi kita yang memahami makna impian dan bagaimana untuk mencapainya.

Saya akan mengiakan walaupun sebenarnya semua orang tahu, lebih mudah untuk berkata-kata dari melakukannya!

Apapun kita pasti akan terus melaksanakan tugas dan tanggungjawab kita!

Kan cikgu!