Thursday, October 23, 2008

Kisah anak gajah!


Satu hari kawan Nor (nama Bibah) menunjuk barang kemas (rantai tangan)yang baru di hadiahkan oleh suaminya sempena dengan ulang tahunperkahwinannya. Nor amat tertarik dengan corak gelang tangan tersebut.Nor menyimpan hasrat untuk membeli gelang tangan macam Bibah.

Satu hari Nor mengajak Bibah kekedai emas dimana Bibah membelinya dulu.Nor kata dia dapat bonus dua bulan, jadi cukup untuk beli rantai tangan macam Bibah. Hari itu masa lunch Bibah pergi ke kedai emas menemani Nor.

Masa itu hujan renyai. Nor dan Bibah guna payung berasingan. Nor dan Bibah lintas jalan, Nor pegang tangan Bibah. “Hati-hati kau tumengandung nanti jatuh suami kau marah aku pulak”, kata Nor. Sampai dikedai emas, “Benggali” jaga di kedai Emas tu berkata, “Hei adik, ini jalan licin baikbaik nanti jatuh”. Bibah menjawap, “Terima kasih bai”. Jaga tu tanya lagi,”Adik mana mau pegi, hari hujan”. Bibah jawab, “Mahu hantar kawanbeli gelang tangan”. ‘Okey masuk masuk”, jawab jaga tu.

Bibah dan Nor mula lah tawar menawar harga gelang tangan itu. Selesai urusan jual beli, hujan masih turun lagi, lebih lebat lagi dari tadi. Bai jaga tu kesihan tengok Bibah berdiri lama dan pelawa Bibah duduk dikerusi yang dia duduk. Bai jaga tu tanya Bibah dan Nor kerja mana dan macam macam lagi mereka berbual-bual sambil menunggu hujan reda. Tiba-tiba Bibah tersentak bila Benggali jaga tu tanya Bibah, “Adik bai mau tanyak sikitlah, ini perut besar apa isi?”. Nor pelik dah hampir setengah jam berbual baru perasan perut Bibah yang agak besar. Bibah pandang Nor seolah menyuruh Nor jawap. Nor jawap, “Ai bai sudah kawin itu dalam babylah, apa lagi”. Bai itu jawap sengeh, “Oooooh itu macamkah”. Nor pulak cuba nak lawak dengan Bai tadi dia pun tanya bai tu,

“Ei bai itu bai punya perut besar apa ada dalam?”. Bai itu jawap, “Oh.. Ini dalam ada anak gajahlah”. Nor pelik, Bibah pun tanya “Anak gajah!!?”. Bai jawap, “Ialah, saya belum kawin ini dalam anak gajahlah pasal dia punya belalai ada sini dekat bawah!!! Nor dan Bibah menyumpah Benggali jaga tu. Dalam hati, “Celaka punya Benggali..Kita jangan layanlah Benggali ni baik kita belah.”. Mereka beredar dan bai Benggali tu senyum melihat Nor dan Bibah menjeling padanya.
hehehehe...sorry la cikgu jinggo...usik-usik je!

No comments: