Kemelut jiwa seorang wanita memang sukar diduga. Selalunya selagi tenang di wajahnya maka jangkaan adalah setenang itu juga di hatinya. Jika senyuman jelas kelihatan di mata, maka ramai yang berkata bahawa tersenyum riang jugalah hatinya pada masa yang sama...
Apabila hatinya meruntun dan jiwanya menuntut, mata yang memandang akan berkata pula itulah permintaan nafsunya dan wanita memang terkenal dengan permainan nafsunya. Sedangkan tatkala itu, mungkin mindanya minta difahami bahawa nafsu bukan yang menentukan apa yang tersimpan dihatinya!
Wanita dan kasih sayang adalah sejiwa ibarat hilang nyawa hancurlah jasadnya. Kasihnya tumpah di mana-mana dan sayangnya melimpah ruah. Tetapi hati wanita sentiasa tertanya-tanya siapakah yang sedang menadah dan siapa pula yang sedang menagih.
Runtunan jiwanya selalu menjadi ukuran hati seorang wanita sehingga ramai yang sukar memahami apa yang dipinta. Sedangkan permintaan hanya satu...Kasihkan aku bukan kasihankan aku!
Kenapa wanita memiliki 9 nafsu dan hanya 1 akal? Sedangkan kalau dilihat di mana-mana sekarang wanita seolah-olah memiliki 9 akal dan 1 nafsu. Dunia pula menghukum wanita dek nafsunya yang membuak-buak walaupun apa yang terbentang di mata kita ialah wanita semakin menguasai kehidupan menggunakan akalnya yang satu.
1 comment:
Nafsu lelaki : 1 akal 9 dan perempuan sebaliknya - saya suka ayat kat hujung tu.....perempuan seakan menggunakan 1 akal untuk mendomasi dunia...kita tinggalkan semua persoalan itu kita lihat dan tafsir sendiri.......pemimpin ( orang ) hebat yang menyerlah kehebatannya dikala emosinya berperang....dikala itu semuanya tak keharuan...
Post a Comment