Friday, October 31, 2008

kalau mai tepen!



Ini adalah the heart of Bandar Taiping! Orang "asli" bandar ni mesti pernah lepak kat kedai ni! Apa yang istimewa di kedai ni?? Tak kira dari mana pun (sebab dulu-dulu bus stop Taiping kat sebelah bangunan ni, sekarang dah pindah depan sikit, belakang bangunan MARA), meh le makcik ke pakcik ke, brader rock ke, minah lenggang ke...dari Pantai Remis, Ijok, Changkat Ibol atau Kamunting! Boleh dikatakan sini la port utama untuk usha-usha....



Sesiapa sahaja akan mengukir kenangan di mana-mana meja di kedai ni. Kalau tengah bercouple lagilah wajib duduk di meja ni! Macam-macam jenis ais kacang ada...bobo cha-cha, black sugar, lai chee kang, white sugar, aku pun dah tak ingat!

Kedai ni terletak di sebelah Jalan Iskandar (tapi jangan sebut kat orang Tepen nak cari Jalan Iskandar~kompom kena gelak!) sebab kedai ni lebih di kenali sebagai Cashier Market! Bangunannya besar dan ada macam-macam makanan Melayu dan Cina (halal dan tak halal!) Tapi kebanyakan kedai makan dah jadi halal sebab ramai orang Islam yang makan kat sini.

Dulu-dulu, ada sebuah supermarket (Supermarket Larut Matang) femes kat bangunan ni tapi dek saingan terlalu hebat, rasanya dah hampir 10 tahun gulung tikar! Bangunan ni sendiri ada sejarahnya tersendiri, kat sini sebut sahaja apa jenis pakaian tradisional Melayu dan moden yang diingini...semua ada! Bazaar serbamaneka...hehehehe

Aku ke kedai ni hanya untuk kegemaran aku dari kecik sampai hari nih! "White Sugar"~ ala-ala ais kacang tapi hanya ada kacang tanah, jagung manis dan susu cair!


Aku pun dah lama tak pekena White Sugar nih! La ni ghega dah naik! Dulu sepeket gini hanya RM1.20. Hari ni aku beli RM2.50...tapi as usual, tak terabih sorang!!!

No comments: