RM1,000 nikah ibu tunggal
Oleh Amir Mamat
MELAKA: Lelaki di negeri ini yang sudah berkahwin bakal dihadiahkan wang tunai RM1,000 oleh kerajaan negeri jika memilih ibu tunggal miskin sebagai isteri kedua.Langkah itu diharap dapat membantu golongan itu memulihkan kehidupan mereka yang selama ini tidak diberi perhatian.Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, yang mencadangkan pemberian imbuhan itu, bagaimanapun menegaskan hadiah wang tunai itu mempunyai syarat tertentu seperti tidak menceraikan isteri pertama.Katanya, langkah terbabit bukan menggalakkan lelaki berpoligami tetapi mengurangkan beban ibu tunggal yang selama ini hanya bergantung harap dengan bantuan kebajikan daripada pelbagai pihak.
Selain mendapat hadiah berkenaan, beliau berkata, mereka boleh memperoleh pahala daripada Allah swt kerana berkahwin dan membantu ibu tunggal miskin yang memerlukan belaian dan penjagaan seorang lelaki.
“Lelaki yang berhasrat berbuat demikian perlu mematuhi syarat tertentu seperti tidak menceraikan isteri pertama kerana dianggap terkeluar daripada tujuan program dilaksanakan. “Perkara itu masih pada peringkat pertimbangan. Kerajaan negeri akan memutuskan mengenainya selepas perbincangan dibuat dengan beberapa pihak termasuk Jabatan Agama Islam Melaka, Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga serta Jabatan Kebajikan Masyarakat,” katanya di sini, kelmarin.Mohd Ali berkata, dalam usaha menangani gejala sosial seperti kegiatan seks luar nikah dan Mat Rempit, kerajaan negeri mempertimbangkan memberi hadiah serupa kepada belia yang mendirikan rumah tangga sebelum berusia 30 tahun.Katanya, galakan seperti itu mampu membasmi gejala tidak sihat terbabit daripada berleluasa dan menggalakkan belia berkahwin pada usia muda.“Ketika ini, ramai remaja perempuan dikesan melahirkan anak luar nikah yang mencemarkan kesucian Islam dan maruah diri serta keluarga.“Ramai tenaga profesional di negeri ini mencadangkan kepada saya mengenai hal terbabit. Saya fikir ia baik untuk belia di negeri ini.“Sebab itu kita sedia mempertimbangkan memberi insentif kepada belia yang berkahwin awal iaitu pada usia bawah 30 tahun supaya mereka mempunyai rasa tanggungjawab kepada keluarga,” katanya.
Apa aku fikir?
Benda dah termaktub dalam Al-Quran, apa lagi nak dipertikaikan...Pilihan di tangan "mereka"..cuma kenapa kini ada nilai RM dalam isu ini?
Mungkin statistik penceraian dan kes tangkap basah dan anak luar nikah yang meningkat membuka minda para bijak pandai kut! Itu belum kes gugur secara haram...
Aku pompuan...apa kisahnya! Bukan aku yang nak lafaz nikah pun..heheheheh. Dan bab poligami ni pilihan lelaki bukan pilihan pompuan.
Kalau nak dikupas soal hati dan perasaan, baik tak yah kawin dan beranak pinak...Paling mudah, kalau nak buat cara nak...kalau tak nak, buat cara tak nak! Senang cerita, tak payah nak jaja kisah rumah tangga dan kisah hati yang terguris ke sana-sini! Buat apanya!
Dan kalau berfikir untuk poligami hanya nak hadap RM1000, tu rasanya tak berbaloi dgn nak ngadap maki hamun caci cerca isteri pertama (buat suami) dan madu (buat isteri muda).
Kawan aku pernah kata.."tuntutan fisiologi"....hehehehe! Aku tak tau...
Bila difikir pun, sanggup ke isteri menanggung subahat dosa suaminya berzina bila dia tak sanggup bermadu? Hakikatnya ramai sangat suami kat luar sana yang berzina sms, berzina mata, berzina kata-kata...
Dan bila dihalusi, sanggup ke janda-janda kat luar sana menjadi madu hanya kerana RM yang ditawarkan sedangkan perlindungan yang kononnya bakal diberi mungkin bertukar "engko tanggung sendiri"...Wal hasil..balik asal...
Wahai wanita diluar sana, fikirlah apa yang terbaik untuk diri sendiri! Sanggup harung, buat! Tak sanggup jangan! Lelaki tetap lelaki...empat mungkin nampak banyak bila ada satu, tapi bila dah cukup, mungkin macam nak lagi...
No comments:
Post a Comment