Tuesday, October 14, 2008

Indahnya Cinta

Bibir tersenyum hati menangis. Itulah yang aku rasai sepanjang hari ini. Dan aku memahami. Sangat memahami.

Sekufu. Bukan mudah untuk menilai ertikata sebenar apa yang dikatakan sekufu kerana semuanya digarapkan melalui keinginan hati, perasaan dan permintaan naluri hati kecil. Ada yang menganggap jika kita sama kaya...maka kita sama. Ada pula yang menganggap jika kita sama cantik dan padan ibarat pinang dibelah dua, maka itu juga sekufu. Malahan ada yang melihat jika sama-sama hebat dalam penampilan kerjaya, kewangan dan pemikiran, itulah sekufu.


Kalau itu yang dijadikan pengukur kepada nilai sekufu, maka itulah yang terbaik untuk terus membandingbezakan.


Namun begitu adakah jika kita hanya menjadi diri kita sendiri dan belajar menguasai kelebihan lalu membaiki kelemahan, adakah itu mengurangkan nilai sekufu kita dengan orang lain?



Cinta seringkali tidak melihat pada nilai sekufu, sehingga hilangnya kenikmatan percintaan itu. Keindahan cinta mula pudar apabila nilai-nilai lain selain kecintaan dijadikan sebagai pengukur kekuatan cinta antara pasangan. Carilah kesaksamaan dan kelainan sebelum membuat keputusan. Langit tidak selalu cerah hingga ke petang! Bersedia sebelum petir bergema...



4 comments:

Anonymous said...

Salam....
Dah jumpa ke sekufu yang dimaksudkan? Mempunyai pemikiran yang sama. Perencanaan yang sama... Berasa dialah pasangan yang seiring dan sesuai. Bagai ingin sehidup semati dengannya. Ingin selalu bersama melayari bahtera kehidupan ini....

Sharifah Hassan said...

Salam kembali...

Adakah awak juga telah menjumpai sekufu yang dimaksudkan?

Jika sudah, sekalung tahniah buat anugerah yang telah anda terima.

Jika belum, mungkin ada ruang dalam diri kita yang perlu disuaipadankan dengan mereka di sekeliling!

Jika mencari, pastinya ada ciri-ciri tertentu yang dijadikan panduan dan sempadan...

Saya?...hehehehe...hanya memerhati dari jauh, melihat dan memahami!

Anonymous said...

Sanggup ke hanya melihat dan memerhati atau ada sedikit keingingan utk memiliki yg seumpama...
Takut atau tak sampai hati? Maka terpaksalah berkorban....

Sharifah Hassan said...

"Maka terpaksalah berkorban..."

Maknanya awak telah berjaya menyempurna sekaligus membahagiakan hidup seorang insan lain. Tahniah buat anda!

hehehhe...life goes on...don't be sad!