Saturday, October 25, 2008

Macha..You gave him wings...!

Watch the advertisment for Deepavali from Petronas. We will learn a few important lessons in life!
Memberi sayap kepada anak bukan dengan menyediakan kehebatan material seperti rumah, kereta ataupun perlancongan hebat tetapi menyediakan kesederhanaan dengan usaha yang gigih.
Iklan ini memang menyentuh hati aku sebab si bapa yang bekerja sebagai pekerja am di sebuah syarikat penerbangan mampu menjadikan anaknya seorang juruterbang tetapi hakikatnya ramai di antara kita yang menjawat jawatan tinggi nak bagi seorang anak habiskan senaskah Al-Quran pun payah.
Apa yang diperlukan oleh seorang anak ialah dorongan dan dorongan dan dorongan. Semua ini datang bukan dengan wang ringgit atau material yang ditaburkan (dan itu yang dilakukan oleh ibubapa zaman sekarang. Anak nak telefon, bagi. Anak nak motor, bagi. Anak nak duit bagi. Tapi anak nak perhatian, tak boleh! Anak perlukan dorongan, tiada. Selalunya ialah....kita akan kata anak-anak yang tak faham betapa kuatnya kita kerja untuk menyediakan segala keperluan (material) untuk mereka.
Aku pula merasakan kita tidak perlu menyediakan keperluan material untuk mereka tetapi kita perlu menyediakan ruang untuk mereka belajar mencari dan memenuhi keperluan yang mereka inginkan. Kita hanya menyediakan keperluan asas agar mereka lebih memahami peranan dan tanggungjawab mereka terhadap diri mereka sendiri.
Aku ingin berkongsi pendekatan yang aku gunakan untuk anak dara aku yang payah nak solat. Pada suatu malam , ada cerita seram di TV3 "kekasihku seru". Buat pertama kali aku duduk dengan dia tengok cerita tu...selalunya dia tengok tanpa berasa apa-apa! Kali ni aku tanya dia, "akak rasa takut ke?"..dia angguk!
Aku sambung lagi.."sebenarnya kalau akak takut sebab akak tak sembahyang!". Selalunya orang yang sembahyang dia tak takut sebab sembahyang tu lindungkan diri dia dari teringatkan hantu!" (dalam cerita ni ~ Waris).
Kemudian aku tokok tambah pengalaman aku di Gunung Jerai dan beberapa kisah bila kami drive malam-malam (ada jugalah....heheheh). Aku tau dia dah risau.
Soalan aku padanya ialah.."akak ingat selalunya bila kita balik malam-malam lalu jalan sunyi tu, mak tak takut? dan kenapa kakak lebih suka tidur?"
Aku hanya biarkan dia fikir sendiri...Tapi sekurang-kurangnya dia mula faham bahawa solat mampu melindungkan dirinya dari gangguan bayangan yang menakutkan!
Again, I need to give her wings!

No comments: