Pengalaman aku mengikuti Ladap di US mungkin boleh dijadikan sebagai salah satu panduan sebab banyak diantara pengisian Ladap masih kabur dan tidak tersusun. Tambahan pula terpaksa datang pada hari Sabtu dengan skop pengisian yang terlalu luas untuk diterima dalam satu hari. Ada juga sekolah yang hanya menggunakan penceramah dalaman untuk menjimatkan budget sedangkan ramai guru yang inginkan kelainan dari pengalaman penceramah luar.
Aku dan Norzie
Slot aku ialah "blog design". Sayangnya terlalu ramai guru dan terlalu sedikit komputer dengan masa yang terlalu terhad. Bagi yang berminat, selalunya di bangku depan dan yang tidak berminat akan di bangku belakang (biasalah cikgu Jinggo~ini sindrom yang masih lagi ada dikalangan anak murid dan guru kepada murid..salah siapa?). Akhirnya keputusan penyelaras Ladap, akan ada slot lain untuk "blog design".
Anisa dan Sufi melaram dengan baju raya haji!
Hari ini memang hari mak dan anak! Pukul 2 pm, Sufi pula ada function di Hotel Seri Malaysia Taiping. Dia masuk fesyen show. Apa yang aku perhatikan? Bagaimana anak-anak kecil ditanam dengan keyakinan diri. Sayangnya ada ibu bapa yang bersikap memaksa dan lebih teruja dari anak sendiri (termasuk aku juga). Mungkin excitement untuk melihat hasil didikan mereka selama ini. Tapi kredit harus diberikan kepada guru-guru tadika. Kerana kerja backstage mereka memang excellent dengan kesabaran yang sangat tinggi. Aku sendiri melihat kak Zima (pengetua tadika) yang jelas kepenatan tapi masih mampu menguntum senyuman.
Posing Raya Di Seri Malaysia..(berkilat gigi besi aku...heheheh)
Melihat gelagat Sufi, memberi aku keyakinan bahawa dia membesar dalam suasana yang sihat dan sesuai mengikut peringkat umur. Dan kenakalan anak lelaki 3 tahun..kenalah bersedia! Sempat jugalah dia jatuh kolam ikan dan mengelunsur rumput berselut...Dengan 5 sekawan, seluruh ceruk rantau hotel diterokai dan dimasuki tanpa rasa takut. Aku?..Jadi babysitter sebab kena ikut budak-budak ni!
Akhirnya dia naik pentas...
Dari situ kami ke Aulong untuk jamuan hari raya di Kedai Haji Yusri. Nampak gaya sambutan kek positif! Akan ada order mendatang...
Berbaju T-shirt hijau ialah Haji Yusri dan yang dah tersadai tu ialah isterinya!
Sampai rumah, semuanya keletihan. zzzzzzzzzzzzzzzz...(baru pukul 6 lebih je!)
No comments:
Post a Comment