Salah satu presentation yang masih melekat dalam mind aku sehingga ke hari ini ialah.."Teachers...We are the Catalyst!"
Kitalah agen arus perubahan. Sebagai pendidik, kita adalah acuan yang membentuk generasi masa hadapan. Kita yang menetapkan hasil terakhir.
Hari ini aku ketawa lagi...mungkin kerana itu dua entri sebelum ini hanya sebagai riadah minda aku..(no offence pada pembaca lain)...Sebab?
Aku membelek skrip jawapan pelajar-pelajar...kan sekarang musim periksa!
memang aku ketawa....apa nak jadi dengan pelajar kita?!
Sedih dan pilu melihat hasil terakhir pelajar-pelajar kita yang bergantung harap pada GURU untuk mendapat ilmu sebagai bekalan masa hadapan mereka.
Akhirnya dalam ketawa itu, aku terkedu kerana...aku sendiri tertanya-tanya, adakah ilmu di dada aku cukup untuk aku berikan kepada pelajar-pelajar aku sendiri...
Kepada semua anak murid ku...
Cikgu minta maaf kerana gagal memberi kamu semua ilmu terbaik untuk digunapakai dalam kehidupan seharianmu...
No comments:
Post a Comment