Tokcik (adik kepada abah yang 2nd last) dan Kakek Sufi datang ke teratak kami hari Khamis! Terkejut badak jugalah. Aku pula tengah sibuk masak dinner. Tetiba kakak bagitau tokcik datang! Mereka selalu makan kat kedai tokwan angkat Sufi, tokey nasi ayam hainan, dan selalu pusing ikut rumah kami tapi selalu gelap. Hari ni kira langkah kanan.
Sempatlah kami bersembang-sembang. Lama juga tak bercerita panjang. Aku pun tak melawat lagi adik beradik sebelah abah. Cadangnya hari Ahad ni... nak tau juga perkembangan orang tua-tua. Kalau bukan kita generasi muda yang mulakan, siapa lagi.
No comments:
Post a Comment