Wednesday, October 1, 2008

Mencari Sinar

Malam ini, penonton disajikan dengan sebuah cerekarama khas sempena raya dari TV3 "Mencari Sinar". Dalam aku kesyahduan..sempat juga aku sms kawan rapat aku, jawabnya ringkas, "saya dah tutup tv, tak sanggup tengok Rosyam Nor tu...itu kisah ayah"...
Peranan seorang ayah memang sangat penting dalam kehidupan seorang anak. Aku sendiri seringkali terkelu lidah apabila berdepan dengan abah aku sendiri dan aku lebih rela berperang dan bermasam muka dengan mak aku sendiri!
Bagi seorang anak perempuan, peranan seorang bapa dalam hidupnya akan membawa impak yang pelbagai sepanjang kehidupannya walaupun sesudah dia berumahtangga dan berjauhan. Mungkin kerana norma kehidupan yang membentuk suasana si anak perempuan lebih akrab dengan si bapa dan si anak lelaki lebih akrab dengan si ibu.
Keseimbangan kedua ibu dan bapa memainkan peranan dalam kehidupan anak-anak sangat penting supaya anak-anak tidak terasa keadaan dibanding beza diantara adik beradiknya. Keadaan ini selalunya kurang mejadi perhatian di mata si ibu atau si bapa kerana mereka tidak menyedari berlakunya bandingbeza ini sedangkan dalam jangka masa panjang ia membentuk emosi dan jiwa anak yang juga bakal membanding beza dan melihat keadaan dalam perspektif di mana semuanya perlu dipilih dan semuanya perlu dibeza-bezakan. Akhirnya emosi anak akan terbentuk dalam keadaan sukar menerima perbezaan setiap individu di sekelilingnya yang menyebabkan dia membesar dalam suasana persaingan yang tinggi di kalangan adik beradiknya!
Apabila terbentuknya persaingan dalam jiwa anak, maka sukar untuk ibu bapa mengawal emosi anak itu kerana dia akan sentiasa merasakan ada sesuatu yang kurang dalam dirinya sehingga dia perlu bersaing untuk diiktiraf dalam keluarganya sendiri.
Anak itu adalah Anugerah kasih dari Allah...

2 comments:

Unknown said...

begitulah anak + ayah + mak = kadang2 ada pertemuan yang terlalu sukar untuk ditafsirkan disitu, dan dimana kita. Sedayanya saya ( kita ) elakkan diri menjadi hakim ( yang bijaksana )- diam itu rasanya satu jawapan. Mungkin pertemuan budaya sosial semasa menjadikan kita kadang2 tidak keiringan menafsir itu dan ini - dan mungkin juga sesuatu telah berlaku dan mungkin berbedaan penafsiran...segala berkemungkinan.

Sharifah Hassan said...

Salam,

Diam...formula yang diguna anak bertahun lamanya...akhirnya dalam diam, dendam terbuku lalu disampaikan melalui tindak tanduk...

Segalanya berkemungkinan...kan!!(sekadar menaikkan ego)