Tika dan saat ini aku bermalam di Bumi Hijau, setelah menerima beberapa kali panggilan memaklumkan kehadiran cucu terbaru orang di Pantai. Kenikmatan menerima insan baru di bulan Ramadhan mengingatkan aku kehadiran Anisa pada 22 November 1997, 11 tahun yang lalu. Ketika itu aku di tahun pertama di UPM. Semester pertama sarat membawa dia ke hulu dan ke hilir sehinggalah sampai saat nak meletup. Selepas 10 hari bersalin, dia ditinggalkan dengan PakNjang Mail dan MakNjang (adik mak) untuk dibela selama seminggu. Selepas itu, dia dihantar ke Langkawi tinggal dengan Tok Jah (nenek sebelah abahnya) selama hampir setahun.
hehehe...udah dah! (buat yang memahami)
No comments:
Post a Comment