Friday, September 26, 2008

Putus Kasih

Satu sindrom yang aku suka lihat dalam jiwa anak-anak membesar (mungkin juga masih berlaku pada aku!) ialah sindrom putus kasih. Tanda-tanda menunjukkan si anak cuba berdikari dan belajar hidup membuat keputusan sendiri tanpa dibayangi oleh kongkongan ibu dan bapa.
Selalunya apabila berlaku sesuatu dalam rumah (biasanya kehadiran orang baru dan perhatian beralih atau perpindahan yang tidak disenangi olehnya, mungkin juga disebabkann perubahan yang berlaku dalam rumah itu sendiri) akan menyebabkan si anak cuba menyesuaikan dirinya dan apabila dia gagal, dari situlah bermulanya adegan-adegan triple xxx...(menjauhkan diri dari ahli keluarga, banyak memerap dalam bilik, tak mau ke sekolah, selalu bergaduh dengan adik-beradik lain, menolak bila diajak ke mana-mana dan ada lah lagi~bergantung pada pemerhatian sendiri)
Kebanyakan ibu bapa terlepas pandang keadaan ini dan menganggap si anak telah mula melawan dan menunjukkan sikap negatif. Selalunya mereka berhenti di sini tanpa benar-benar memahami apa yang diperlukan oleh si anak. Tindakan yang diambil oleh ibu bapa selalunya drastik dan bertentangan dengan apa yang diharapkan oleh si anak. Dia mengharapkan ibu dan bapa akan memujuk dan menyakinkan bahawa tenpatnya dalam rumah itu masih lagi seperti dulu dan apa yang diharapkan ialah si anak itu bekerja sama dan membantu. Malangnya ramai ibu bapa mula menuduh yang bukan-bukan kepada si anak sehingga sampai ke peringkat untuk memukul balun si anak. Keadaan ini akan menjadikan anak patah hati dan benar-benar putus kasih terhadap kedua ibu dan bapanya.
Keadaan ini berlaku kepada kebanyakan anak-anak dan juga diri kita sendiri sewaktu kita kecil.
Jika diperhatikan dalam rumah kita, selalunya anak kedua banyak mengalami keadaan ini kerana dia seringkali tersepit di tengah-tengah antara yang lebih besar dan yang lebih kecil. Mereka menjadi lebih berdikari dan seringkali bertindak sendiri tanpa melibatkan ahli keluarga dalam apa jua keputusan yang diambil.
Apabila keadaan ini berterusan sehingga dewasa, kita akan mendapati anak-anak yang mengalami keadaan ini seringkali bertelagah dan sukar untuk membawa diri dalam keluarga kerana dia merasakan dirinya lain dari yang lain. Hakikatnya dia terasa bahawa dirinya diketepikan dan tidak disayangi.
Ibubapa akan mengalami masa yang sangat sukar atau sangat mudah dalam membesarkan anak sebegini. Mereka merasa sukar kerana pemberontakan yang dilakukan oleh anak itu selalunya akan menimbulkan konfrantasi dalam keluarga sehingga anak dan ibubapanya sukar menjalin hubungan yang sihat. Atau ibubapa melalui masa yang sangat mudah untuk mendidik kerana anak ini lebih berdikari dan tidak menyusahkan ibu bapa dalam apa jua keadaan.
Perhatikan diri kita dan bandingkan dengan anak-anak, pasti akan wujud persoalan dalam diri kita.."ooooh, macam ni aku kecik-kecik dulu..patutlah asyik kena bedal je!"...

3 comments:

Unknown said...

seronok baca atikel ni - terutamanya dalam bab anak ke2 - memang gitulah lumrahnya. suasana persekitaran semakin komplek - proses pembentukan anak2 harus di lihat dari sudut yang berbeza.Mereka harus di beri ruang dan peluang untuk menyatakan APA YANG MEREKA MAHU KATA - dan tahniah kerana cgu sebahagian daripada mak2 yang meletakan perhatian tersebut.......

Sharifah Hassan said...

Atau cikgu juga pernah melalui keadaan sedemikian...

Sekali lagi, hanya jauhari mengenal manikam!

Restnrileks said...

restnrileks ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan moga kita semua berkesempatan lagi untuk menemui Ramdahhan tahun depan.

Happy Blogging and have a great day everyday ya Kak Sharifah