Wednesday, September 10, 2008

Ihya Ramadhan 1429H

Kian jauh kita meninggalkan bulan keampunan Allah..Tahun ini aku belajar ertikata sebenar pasrah dalam penyerahan diri kepada Allah yang Esa. Banyak iktibar yang aku kutip dan ulit kali ini berbanding Ramadhan yang lepas-lepas...
Kehidupan memang membekalkan pengalaman yang dijadikan juadah tatkala kita ketandusan kewarasan dalam menentukan halatuju. Aku sendiri begitu...Masih mengharapkan pada secebis pengalaman lepas untuk meletakkan aku pada landasan Illahi yang sebenarnya.
Bukan mudah rupa-rupanya untuk membiarkan rencana dicaturkan oleh yang Esa apabila minda dikuasai ego meluap-luap...
Ramadhan ini aku belajar menjadi manusia yang pasrah pada kekuasaan Illahi. Siapalah aku untuk menongkah kehendakNya.
Sesungguhnya kehadiran Ramadhan kali ini lebih bererti.

2 comments:

arsaili said...

salam..sama2 kita panjatkan doa..moga ramadhan kali ini lebih bererti

Sharifah Hassan said...

Salam kembali...

InsyaAllah...Pengharapan kita padaNya pasti ada imbuhan. Kadang-kadang kita yang alpa dengan apa yang telah kita terima!

Boka posa makan apa ek?