Sunday, September 21, 2008

What a Hectic Day!


Sebenar-benarnya body, mind and soul aku masih lagi lemah dan hidung pulak dah mula sok sek...! Tapi tetiba dapat fax pada hari Khamis 18/9 dilantik sebagai Hakim untuk Storytelling LMS untuk pelajar menengah rendah, Dalam masa yang sama aku masih lagi terkejut dengan penerimaan surat lantikan menjadi pengawas peperiksaan untuk PMR. MUET dan SPM yang disampai oleh cik As kat pejabat. Ketika itu rasanya macam sain autograf pulak! Itu tak termasuk tugas rasmi setiap tahun aku selepas PMR! Dalam hati fikir satu je..asal masyuk! Tapi bila sain dengan air hidung meleleh rasa sanggup aku tukarkan duit dengan selimut biru aku je!
So hari ni, aku pun memaksa bukan sahaja mata aku untuk buka tapi juga si Anisa dan Sufi sebab malam sebelumnya beria kata nak ikut. Bila sampai di St George, ubah plan pula dari jadi Hakim Storytelling, aku jadi Hakim Scrabble je....Waaahhh! Lega tak terkata tapi tak boleh la cakap itu yang aku nak kan?! Kena la main tarik tali sikit! Heheheeh...Macam selalu je buat keje ni!!! Sebenarnya kepala aku belum larat nak menanggung beban nak dengar budak2 yang ramai itu bercerita dengan kadar 6 minit seorang... Berat la..Kalau jaga scrabble, boleh la aku melilau ikut suka hati aku!
Cuma terkilan sikit pula bila tengok purata pelajar hanya mampu membina "4-letter word" je. Nak tengok perkataan yang mencecah 5 huruf ke atas, payah sangat.
Maka aku menyimpan hasrat untuk mengadakan English Camp tapi hanya untuk lower form sahaja. Dan pastinya aku akan mula memperkenalkan permainan yang boleh mereka main di Pusat Sumber waktu relief.
Teringat perbualan aku dengan Bos Besar pada petang Khamis. Orang yang bekerja selalu kena komplen sebab dia buat kerja dan orang yang tak buat kerja selalunya tak ada orang komplen (aku ni termsuk golongan yang mana? Hahahahah)
Kemudian dia tambah lagi...selalunya orang yang berada di hadapan, dia selalu seorang, ibarat dalam pertandingan, pemenang hanya seorang tetapi yang tak menang selalu bergerak dalam kelompok! (terfikir lagi aku...yang mana aku)
Ditambah pula katanya, "a leader leads and a follower follows, jangan jadi terbalik, a leader follows and a follower leads..(hmmmm....yang ini aku fikir panjang!)

4 comments:

Unknown said...

ha...awal pagi saya berurusan dengan blog.terima kasih cgu. pendekatan eco untuk student - ok cgu sekolah mana.untuk tu - ni nombor saya : 0176634254..nanti saya akan ke sekolah : yang penting saya percaya kepada pendekatan MEMUJUK budak2 tu. ini mengambil kira pengalaman bersama pelatih PLKN ( kumpln 3 ).ok terima kasih.

Sharifah Hassan said...

Alamak. Saya pula yang lambat buka blog ari ni! Asyik dgn org baru...

Terima kasih!

Anonymous said...

actually, i was supposed to be one of the judges too, but i tarik diri. for one thing, my school took part in both competitions, tapi st george tak dpt fax pasal fax depa rosak, and they had the nerve tak nak amik sek kitorang masuk. i call st george, i said, its not our prob ur fax machine rosak. told them i tak nak jadi judge. dah lah dah ada plan balik ipoh nak shopping baju raya! hehehe... takut mr koi, terus cari replacement.

Sharifah Hassan said...

We all lagi sempoi! Dapat surat hari khamis, tak ada fax or anything, on Saturday just turn up for both events! Mr Koay accept je! Tak bayar pun duit RM50. Yang sakitnya meeting was last week, but we didn't get any info!