Semalam, Honey dan Shida datang buka posa di rumah aku..masa yang sama abah aku pula telepon tanya aku nak ke Aulong, tak dapat tapi tetap mengudang mereka untuk berbuka di rumah aku...kebetulan menu istimewa, Nasi Ayam (yang disiapkan dalam satu jam jerrr!) Kata Shida, sup ayam macam kat Giant...hahahaha!
Hari Posa pertama aku dan rakyat jelata aku menyerang Aulong tanpa memberitahu...bawa lauk sendiri tapi terlupa bawa nasi...kesian bebudak sebab nasi tak cukup!
Hari ni, cadang nak masak pasta bolognese jer kat anak dara aku, dah tiga hari berturut-turut makan nasi, abah pula telefon masa dalam kelas, tanya nak berbuka di Aulong..rezeki jangan di tolak...Tapi pasta tu macam kena buat gak...
Hmmm, semalam selepas selesai berbuka, sambil melayan Honey dan Shida kisah aku ke Thailand, Anisa tiba-tiba bertanya macamana nak buat blog macam aku buat, dia nak masukkan gambar-gambar dia...Wah, TERUJANYA aku! Sebab aku tak pernah bercakap apa-apa cuma aku selalu tunjukkan pada dia gambar-gambar yang dah dimasukkan ke dalam blog aku..Soalan dia yang menarik..
"Mak, camner nak buat macam mak punya 'Secangkir Kopi'?"....
Berdepan dengan anak gadis yang seperti Anisa yang membesar dalam dunia IT dan pendedahan yang jauh berbeza dari apa yang aku alami semasa seumur dengannya menjadikan aku kadang-kadang terkedu takut tersalah didik...

Bukan mudah rupanya!
Hari ni pula, KP aku sms pasal Bengkel Teknik Menjawab PMR di sekolah, perancangan dibuat sebelum cuti dan akhirnya akan direalisasikan esok dari pukl 10.30am hingga 12.50pm. Rancangan KP aku nak buat untuk dua sessi bermakna minggu ni aku akan berdepan dengan "cream of the cream" dan minggu depan aku akan berdepan pula dengan "average group".
Begitu juga dalam masa yang sama, Ketua Pemeriksa Kertas PMR baru aku menelefon memberitahu tempat mesyuarat penyelarasan yang akan diadakan di Sungai Siput. Surat belum sampai tapi yang pentingnya maklumat sudah ditangan.
Pada waktu rehat, kaunselor sekolah datang berbincang tentang Program Pembangunan Insan. Fokus kami ialah pada "cream of the cream" Tingkatan Dua yang bakal menduduki PMR tahun depan. Satu perkara yang aku belajar dari sekolah lama ialah bagaimana untuk menyusun atur program kecemerlangan pelajar terutama untuk pelajar GALUS (Gagal Lulus). Apa yang digarapkan dalam tempoh 15 minit ialah memilih 60 pelajar terbaik berdasarkan keputusan peperiksaan pertengahan tahun mereka. Dari situ, mereka akan diberikan pendedahan bagaimana menjawab 8 kertas PMR. Aku suka pendekatan kaunselor sorang ni yang suka mendengar dari semua pihak sebelum membuat apa-apa keputusan. Seorang yang mudah dibawa berunding dan membuat keputusan. Aku pula sudah mula mengumpul team-mates untuk apa yang ingin aku lakukan untuk pelajar-pelajar di sini tahun depan. Pastinya banyak program yang bakal diadakan untuk peningkatan Kokurikulum dan Kurikulum pelajar di sini. Cuma keputusan masih ditangan bos! Ada pengetua yang selesa program Kecemerlangan diadakan dalam waktu sekolah kerana pelajar sudah ada di sekolah...ada pula yang suka diadakan diluar waktu P&P memandangkan pelajar perlu berada dalam kelas. Pengalaman aku pula, lebih mudah menjalankan program dalam waktu p&p kerana fokus adalah pelajar bukan pelaksanaan program...aku masih mentimun dan masih lagi belajar. Tak boleh komen banyak-banyak!
Dalam kepala aku pula, sekarang sibuk merancang Seminar untuk guru-guru Perak bila sudah mendapat greenlight dari Ketua Penolong Pengarah (Bahasa). Tinggal menyusun tarikh dan tempat. Asalnya partner aku akan uruskan, tapi last minute dia terlibat dengan aktiviti Guru Cemerlang Pulau Pinang. Terkial-kial lah aku sesorang diri untuk berurusan di Jabatan Perak dan Macee. Apapun hadap perlahan-lahan. Atur langkah satu-satu...Ini kali pertama aku mengendalikan projek sebegini. Sebelum ini aku lebih banyak terlibat sebagai penceramah dan fasilitator sahaja.
Sibuk juga aku...atau dah pandai buat-buat sibuk...hahahahha...
Selamat berpuasa kepada semua pembaca..
aku nak berkongsi sms yang menarik...dari anak angkat aku dari Melaka...
~Perkataan yang cantik "ALLAH"
Lagu yang merdu "AZAN"
Novel yang menarik "AL QURAN"
Senaman yang baik "PUASA"~
No comments:
Post a Comment