Sunday, September 14, 2008

MB Perak Umum BONUS




IPOH: LEBIH 8,000 pegawai dan kakitangan awam negeri Perak akan menerima bonus sebulan gaji dengan kadar minimum RM 1200 sebelum Aidilfitri.


Menteri Besar Perak Darul Ridzuan Dato’ Seri Ir Hj Mohamad Nizar Jamaluddin sewaktu berucap pada majlis penyampaian bubur lambuk di bangunan Perak Darul Ridzuan berkata, bonus itu akan diterima sepenuhnya sebelum hariraya ini.

Pengumuman ini membuktikan secara langsung kepekaan kerajaan PR kepada rakyatnya yang menghadapi kenaikan harga barangan.


Ia akan diberikan sekaligus, katanya disambut tepukan para pegawai dan kakitangan yang sebelum itu telah bergilir-gilir memasakan bubur lambuk untuk dibahagi-bahagikan kepada kakitangan awam sempena Ramadhan.

Pengumuman itu dibuat setelah pemberian bonus itu diluluskan pada Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMK) yang dipengerusikan oleh Nizar sebelum beliau menghadiri majlis penyerahaan bubur lambuk itu.



My Comment:


hmmm.....kadang-kadang keadaan ini memang menjadi rakyat tersepit dalam membuat pilihan, tambahan pula ada yang merasakan mereka mendapat durian runtuh dan ada pula yang terasa diketepikan dalam situasi yang sama tapi berbeza!


Aku memang tak tau sangat, cuma tertanya-tanya...


1. Adakah mereka yang bernaung di bawah kerajaan negeri akan dapat dua jenis bonus, satu dari kerajaan negeri dan satu lagi dari Kerajaan Persekutuan?


2. Boleh ke duit peruntukan untuk kegunaan semua rakyat jelata Perak digunakan untuk segelintir sahaja?


3. Nak memancing undi sempena 16 September ke?


Apa-apapun bersyukurlah dengan apa yang telah kita kecapi...ia tetap rezeki Allah.


2 comments:

Anonymous said...

Jawapan (setakat yg saya tau) :
1. Betul, dapat dua bonus, tapi bukan kepada semua kaki tangan awam, hanya yang berkaitan dgn kerajaan negeri saja. Contoh abg saya yg bekerja di SUK Perak adalah termasuk dlm kategori ini.
2. Persoalan yg sama turut ditanya oleh semua tax payers di Msia (yg bukan kaki tangan awam), kenapa bonus hanya diberikan oleh kerajaan persekutuan kepada semua kaki tangan awamnya sedangkan pekerja swasta turut menyumbang kepada pendapatan negara.
3. No idea.

Khairul

Anonymous said...

Oppsss mungkin saya tersilap. Lepas surf internet, saya dapat tau bonus itu diberikan kepada seluruh kakitangan awam negeri Perak, dan khabarnya akan dibayar pada 16 Sept (esok la tu). Waa...cikgu Sharifah pun dapat juga lah kan? Boleh belanja saya. :)
Khairul