Tuesday, September 2, 2008

Down the Memory Lane...





Gambar Kawen Yami ngan Linda..dah 10 tahun mereka kawin, ada anak 2 orang! Mak n abah aku ada nombor Yami, nanti aku dapatkan untuk ko ek! Boleh la ko ke Seberang Takir, Terengganu! Dia tu classmate ko, jangan tak contact!


Bila tengok gambar-gambar lama, mesti terkenang. Tapi macam kata Bashah...terkenang tak apa..jangan ingat lama-lama..hahahaha...good advice!












Ini la gambar yang bagi aku ketawa berdekah-dekah! Tapi bila dikenang...indahnya zaman muda kan! Masa gambar-gambar ni diambil, merupakan hari terakhir praktikum di SK Sg Gelugor, P.Pinang...Aku pula baru belajar pakai tudung dan baju kurung! Memang aku suka bergaya kalau ke sekolah, sampai ke hari ni! Nazimah dengar cerita dah jadi penolong kanan di SK Methodist Pokok Asam, dekat tapi aku tak pernah sempat ke rumah dia! Dia lagilah rapat dengan aku. Dari Darjah satu sampai maktab satu kelas!



Baru-baru ni masa exam speaking component, aku jadi examiner untuk Jamil! Dia pun dah banyak uban, stay kat sekolah rendah gak! Isteri dia ngajar di SMK St George, Taiping.

Ko, Bashah...masih macam tu lagi ke?





Gambar ni masa kita semua ke MPSAH, Jitra untuk pertandingan permainan...banyak kenangan menarik...masa ni dapat usha minah and mamat maktab lain...walau gefren and bofren dah ramai keliling pinggang...hidup muda sekali jer!


Confirm ko masih ingat kat abang kesayangan aku...si Husni, dia kawen dengan junior, ustazah yang lawa tu...sekarang dia kat Perlis, belum ada rezeki anak lagi. Tapi aku pun dah lama tak dengar cerita pasal dia. Aku rapat dengan mak dia, cikgu aku kat TMGS...raya ni kena melawat lah...itulah mak kesayangan aku sampai ke hari ni...!


Aku letak gambar ni sebab ko mesti ingat kat mamat sebelah kiri pakai cermin mata, aku dah lupa nama dia...sapa dia? Aku rasa dia pun satu kelas dengan ko kan? Yang tersengih sambil babai tu, Ariffah, aku masih lagi baik dengan dia..dan Asmah sekali. Kami bertiga memang rapat sampai ke hari ni..Ariffah dan Asmah, dah abis buat masters, aku tengah perosah mereka buat PhD...heheheh! Senang aku nanti!


Oh! Ko ingat Norehan, budak muzik? dia ngajar di SK Simpang! Aku jumpa dia masa aku hantar anak dara aku ke sekolah agama kat situ...lama juga bercerita kisah-kisah lama..Dia buat kaunseling sekarang...dah naik Dg32! tak berubah langsung...masih riuh dan gamat macam dulu!

Ko tau Bashah, bila aku tengok gambar-gambar kita zaman maktab, aku memang tak ada rupa pompuan langsung kan! Buas sungguh! Teringat motor kapcai aku...ko nak tau sapa pakai moto tu...AAW 2910...cikgu kat sekolah aku, tapi sampai hari ni aku tak berani cerita kat dia yang motor tu aku dah lenjan puas masa kat maktab! Kecik nye dunia ni...Kemudian, abah aku tukarkan dengan motor Yamaha 100 pasal dia risau aku asyik ulang alik dari Taiping ke Maktab! Masa aku nak masuk Universiti, abah aku tukarkan moto aku ke Yamaha SRE, aku guna merata moto tu..pernah sekali aku dengan Ariffah ke Cameron Highland berdua dengan motor je! tengah hujan lebat...dan moto tu meragam sebab tiub minyak bocor...Nasib baik ada pomen yang repair masa kami di Tanjung Malim!. Terus abah aku terus kasi kereta..hahahaha! Aku dgn Ariffah banyak kenangan berjalan merata-rata...Tapi lepas kawen terus jadi Professional Homemaker cum cikgu sekolah!

No comments: