Perjalanan kita selalunya kita yang rancang, tapi hasilnya memang bukan di tangan kita! Itu lah yang berlaku padaku semasa hujung minggu ini.
Asal perancangan ialah nak melawat cucu! Perancangan hanyalah untuk itu tetapi kuasa yang Maha Kuasa tiada tandingannya. Dan akhirnya aku dapat lagi dariNya.
Kali terakhir aku ber moreh di surau ialah kira-kira usia aku 17 tahun sebelum aku meninggalkan celah ketiak mak aku untuk melihat dunia. Semalam aku dapat satu. Bermoreh di Bumi Hijau!
Pagi tadi aku dapat satu lagi. Percuma dan diberi saguhati lagi. Hari Jumaat yang lepas, di sekolah aku juga buat Majlis Khatam Quran tapi aku tak dapat menghadirkan diri kerana melatih pelajar untuk pertandingan Storytelling. Maka pagi ni Dia memberi aku yang kedua. Aku dan Kak Yah ke Masjid Pengkalan Baru , bukan sahaja utk mengikuti Majlis khatam Quran, tapi juga melihat insan-insan yang jalannya hanya satu...Jalan Pulang. Ramai yang begitu bermurah hati di Bulan Bersedekah dan Keampunan ni. Aku tersentuh bila mendapat cenderahati berupa sepasang kain, sekilo gula dan seliter air soya.
Dan bila aku sampai di rumah Simpang, aku dapat lagi...Yang Maha Kuasa sungguh bermurah hati...aku bertambah tersentuh. Cikgu Bakri, jiran cum tuan rumah aku memberi tahu giliran more aku ialah esok dengan bayaran hanya RM57 dan dah ada kumpulan untuk berkongsi. Menu, Nasi Ayam Hainan dari Pak Adam juga antara orang tua yang sangat rapat dengan anak-anak aku! Memang aku sendiri tak tahu dan tak jangka bahawa aku menerima pengakhiran perjalanan yang semakin bermakna..
Alhamdulillah...
No comments:
Post a Comment