" Suatu ketika dahulu Nur Muhammad mendakwa dialah makhluk yang paling hebat kerana dia merupakan makhluk pertama yang diciptakan.Tetapi al-Khaliq berkata, Dialah yang paling hebat kerana Dia sendiri yang menciptakan Nur Muhammad itu.Nur Muhammad masih belum berpuas hati sambil mendakwa dia tetap paling hebat. Nur Muhammad mencabar al-Khaliq untuk mencarinya lalu dia hilang sepantas kilat untuk menyembunyikan dirinya. Al-Khaliq melihat di mana Nur Muhammad bersembunyi, lalu Dia berkata itu pun kamu.Selepas itu tiba giliran al-Khaliq bersembunyi lalu meminta Nur Muhammad mencari-Nya. Sehingga sekarang Nur Muhammad masih mencari-cari di mana Penciptanya bersembunyi.Sedangkan Al-Khaliq tersenyum melihat gelagat Nur Muhammad mencari-cari-Nya”.GuruBashid
Aku terpandang kata-kata yang ditulis berhampiran Pejabat di sekolah.
"Sebutir permata tidak akan berkilat jika tidak kerana geseran. Manusia tidak akan berkilau jika tidak kerana cubaan"
Aku teringat perbualan aku pagi ini
"dalam menjaga apa yang ada di tangan, tiba-tiba datang cubaan yang perlu dihadapi..."
Maka terfikirlah tanpa apa-apa andaian bahawa
"We cross the bridge when we come to the bridge..."
Akhirnya aku kembali kepada Nur Muhammad mencari Al-Khaliq. Setiap kita mencari sesuatu dalam hidup ini, ibarat musafir di padang pasir mencari oasis. Ada yang ketemu secara jelas di mata, ada yang ketemu di alam maya, ada pula yang tidak tahu dia sudah menjumpai apa yang dicari dan ada pula yang telah mengenggam tapi tidak tahu menjaganya.
Biarlah kita memahami apa yang kita cari agar kita tidak terus tercari-cari.
No comments:
Post a Comment