Monday, September 29, 2008

Kehilangan

Syawal semakin hampir, namun bukan semua yang akan menyambutnya dengan penuh keriangan. Pasti akan ada yang mengenangkan mereka yang tiada di sisi, mereka yang telah lama pergi. Juga ramai yang mengharap untuk yang pergi agar kembali...

Beberapa hari lepas aku menerima panggilan bertalu dari Ujang (sorry aku online dengan orang lain) lalu dikirimkan sms ringkas

"betul ke Encik Ariffin aka Pak Pin, pengetua maktab bainun meninggal kemalangan? Anaknya pandu kereta, mengantuk dan langgar belakang lori.."

Aku juga terkedu dengan sms tersebut. Itulah antara bapa yang sangat rapat dengan kami semasa di M4P. Teringat aku pada Anita, bapa saudaranya ialah Ramli Panjang aka Rampa (pensyarah yang acapkali berjaya membuatkan siang menjadi malam untuk ku!). Aku check dengan Anita minta tanya-tanyakan...

Ini balasan sms yang diterima pagi semalam (forward dari Rampa):

"Memang betul, yang meninggal tu Encik Ariffin, anaknya menggantuk, langgar belakang lori PLUS, Encik Ariffin putus leher. Bulan lepas, Tuan Haji Sulaiman meninggal dunia. Selasa lepas En Shuhaimy meninggal dunia.."

Kehilangan demi kehilangan mengingatkan aku mati tiada ketetapannya untuk kita. Janjinya tetap ada tapi entah bila akan dikota. Menunggu saat giliran tanpa tahu bila masanya. Bila dihitung dan dikenang dosa yang telah dilakukan terasa dekat pintu neraka. Apakan daya bila memikirkan aku hanya manusia biasa yang sentiasa alpa dengan perlakuan dan perbuatan.

Maaf dipinta buat semua rakan blogger...
Semoga ada kesempatan untuk bertemu di Bulan Ramadhan yang mendatang...

Selamat Menyambut Idul Fitr...dari saya!

4 comments:

azlanlin said...

Selamat Hari Raya AidilFitri daripada Azlanlin dan sekeluarga di Kluang, Johor

Sharifah Hassan said...

Salam,

Selamat Menyambut Aidil Fitri dari saya sekeluarga dari Perak

Pak Ngah: said...

:: salam... Pak Pin (Encik Ariffin Yahya) adalah cikgu PakNgah di Tingkatan 6 Rendah di SRC, Ipoh ketika allahyarham membuat Dip. Ed... kami pernah sama2 bertugas di maktab perguruan yang akhirnya bertukar nama kepada IPG... alfatihah...

Sharifah Hassan said...

Salam kembali,

Kita sama-sama kehilangan seseorang yang banyak meninggalkan kenangan dalam hidup kita!

Dia penyabar dengan kerenah saya yang banyak akal! Tapi selalunya dia banyak menasihati kami sebagai barisan pemimpin pertama supaya sentiasa berani bersuara dan ke depan dalam apa jua keadaan...

Satu dari banyak nasihatnya yang masih saya pegang sehingga ke hari ini...(nak buat macamana, bapa jauh!)

Saya selesa dengannya, seorang yang tak banyak bercakap tapi setiap kali berkata penuh berisi...