Saturday, September 13, 2008

Note RM100


Semalam aku mengetuk dinding BSN, minta duit RM 100 untuk perbelanjaan hujung minggu ni!




Betapa murahnya nilai wang hari ini...terkenang ketika aku bergaji hanya RM424 (aku grad SPM je) pada tahun 1994, lebih kurang 14 tahun yang lalu di usia aku 22 tahun. Ketika itu, dirasakan cukup banyak walaupun selepas dipotong KWSP, insurans, masih berbaki RM340. Itulah yang ada ditangan untuk dibelanjakan selama 30 hari. Dan cukup! Malahan adakalanya berlebihan bila makan tengahari dan malam disponsor dek guru besar...




Note RM100 yang dikeluarkan, dibelanjakan untuk minyak RM20, RM33 untuk alat stering sport kereta, RM19.80 untuk barang dapur. Bila ditengok dalam tangan, berbaki hanya RM27.20 untuk dibelanjakan pada hari Ahad pula!




Kalau 14 tahun dulu, minyak RM5 tahan untuk 3 hari. Pasti tak ada perbelanjaan untuk assesori kereta memandangkan hanya motor je alat pengangkutan yang ada. Dan untuk perbelanjaan dapur...kalau sebanyak RM19.80 boleh buat makan seminggu!




Bila gaji meningkat hampir 10 kali ganda dari 14 tahun lepas, ingatkan akan lebih banyak yang disimpan. Tapi lebih banyak yang keluar rupa-rupanya!




Mungkin kerana nilai kesyukuran yang makin tipis bukannya makin menebal!




No comments: