Diambil dengan telefon Cokia...curi-curi pulak tu....!
Kebetulan memang dah berjanji nak ke Pantai atas urusan cendawan, maka dilewatkan agar dapat berbuka puasa di sana terus..dan aku pula kurang membeli sebab dah terbiasa memasak juadah sendiri yang simple dan mudah...janji sedap anak tekak!
Kebetulan sampai kut leghah 5 petang, pasar ramadhan di pantai nampak macam menarik untuk di singgah, kali pertama buat bulan puasa ni aku menyinggah di pasar ramadhan sebab di Taiping, bermula dari 1 Ramadhan sehinggalah saat entri ni ditulis, hujan masih lagi lebat!
Bila di toleh ke pasengger seat, tengok si Anisa mengkerekot lenanya, tak sampai hati pula nak dikejut, lalu dimatikan enjin dan dibukakan tingkap, aku pun meredah manusia yang berpusu-pusu memilih juadah...
Apa yang aku pilih untuk hawa posa aku...hmmm..favourite aku yang pertama...Ikan Terubuk Bakar cecah air asam..(cuma aku rasa air asam tangan aku lagi memecah air liur!)
Kemudian mata aku terpandang pula popiah yang nampak menarik cara persembahannya untuk pelanggan..cukup kreatif.. Popiah yang dibeli bukan yang dalam belanga besar tu tapi yang basah!
Ternampak pula kegemaran aku nombor satu...Acar buah! Hmmmm...ini memang mengecurkan nafsu makan aku! Kemudian aku terjumpa kegemaran Anisa, keropok popiah serunding kecil...apasalahnya kan?!
Berjinjinglah aku ke kereta, sambil berkira-kira untuk keluar dengan motor semula untuk mengambil ikan terubuk yang belum siap. Malas aku nak menunggu sebelah bahang panas!
Rupa-rupanya Kak Yah dan Abang Mansor memang dah berkira-kira nak ke Pasar ramadhan..aku pesan je supaya diambil ikan bakar aku tu...
Ilah pula sampai selang 5 minit dari aku, katanya dari rumah Pak Teh bercadang nak balik Ipoh tapi dipujuk Paknjangnya untuk berbuka sama..mulanya risau sebab akan keseorangan dalam perjalanan pulang, lalu disampuk dek aku dengan alasan aku juga akan ke Ipoh selepas berbuka..Hmmm jadi aje lah jawabnya!
Maka akhirnya kami berbuka dengan pelbagai juadah yang di beli oleh aku, Ilah, Abang Mansor termasuk kerabu yang dihantar oleh Tokngah dan mee goreng yang dimasak oleh Kak Imah! Kak Yah pula menyediakan hidangan istimewa pantai..Laksa Mee, yang aku lahap dengan bersambalkan acar limau...uisshh...sodap!
Selesai pusingan pertama, aku, Ilah dan Kak Yah mengadap pula ikan bakar...waahh..sendawa sakan lepas tu...ehehheheh! Itulah bila melayan Hawa Posa ye!
1 comment:
:: salam... bila disebut akan laksa mee ni... mak datukkk... terkecur air liur dibuatnya... tapi apakan daya... tiada stok di bumi kenyalang nii... emmm...
Post a Comment