Saturday, September 27, 2008

Vote For A Change

Kita sedang berdepan dengan pelbagai arus perubahan. Ramai di antara kita menggunakan juga pelbagai pendekatan untuk menangani perubahan-perubahan yang diluar jangkaan mereka.
Kalau diperhatikan, Malaysia selepas 51 tahun kemerdekaan juga turut menerima tempias dari monsun perubahan yang sedang melanda. Melihat dari kaca mata Perdana Menteri kita yang kini sedang cuba sedaya upaya memahami dan menerima perubahan dari kehendak pengundi, dia juga tidak lagi tersenyum dan mendabik dada dengan apa yang sedang berlaku dan dilakukannya.
Begitu juga apabila kita beralih dan melihat kehidupan kita terutamanya mereka yang hidup di sekeliling kita, semuanya seolah-olah sedang menunggu sesuatu yang maha hebat bakal berlaku. Perubahan-perubahan drastik yang mudah diambilkira seperti arus pemikiran kaum muda di Malaysia meninggalkan impak yang mendalam di persada politik Malaysia. Ramai yang semakin bersedia menerima apa jua keputusan dan menanti perubahan yang diharapkan mendatangkan pulangan yang positif.
Bagaimana pula dengan diri kita sendiri? Pastinya dengan pelbagai perubahan yang besar, akan ada letusan-letusan kecil dalam diri kita yang turut merasai dan menyesuaikan diri dengan apa yang sedang berlaku.
Dalam perjalanan harian, setiap hari akan ada penambahbaikan atau "pengurangburukan" dan ianya dikaitkan dengan keputusan kita dalam menangani keadaan-keadaan ini. Bersediakah?
Don't waste time regretting or expecting too much in your life.Yesterday is history.Tomorrow is a mystery.But Today is a gift - and that is why it is called the PRESENT.

8 comments:

Unknown said...

berdasarkan kata pujangga besar : fitrah manusia akan menentang perubahan - kita suka dan senang berada dalam zon selesa...tahniah ( mungkin ) kita sebahagian dari umatNya yang inginkan ' menambahbaikan ' diri....

Pak Ngah: said...

:: kekadangnya ada pihak yang melakukan perubahan semata2 kerana inginkan perubahan... dan agar bakal dilihat oleh pihak lain bahawa pihaknya telah melakukan perubahan...

:: sebaik2 perubahan adalah yang punya ciri2 penambahbaikan... bukan sebaliknya...

arsaili said...

salam...selamat hari raya maaf zahir dan batin..raya kat mana?

Sharifah Hassan said...

Salam buat Jinggo,

Perubahan: sesuatu yang berlainan...

Mungkin kita memerlukan perubahan untuk menimbulkan kelainan dalam diri kita!

Mungkin perubahan yang berlaku menjadikan kita lebih bersedia untuk esok...

Siapa tahu...

Sharifah Hassan said...

Salam PakNgah...

Lama menyepi?

Perubahan jika dilakukan hanya untuk menunjuk pada yang lain agar memandang ibarat membina istana pasir di pantai...nampak cantik dan dipuji tapi tidak kekal...

Semoga arus perubahan membawa yang lebih baik untuk kita dan harapannya agar perubahan yang berlaku juga meninggalkan kesan untuk diri kita, seperti kata Pakngah, biarlah dengan penambahbaikan...tapi apasalahnya kalau..pengurang burukan...heheheh (sama tapi tak serupa ke?)

Sharifah Hassan said...

Salam Arsaili,

Beraya di kampung sendiri selepas bertahun-tahun merantau dan merasa raya di tempat orang...

Pastinya meriah...Tapi di Perth apa kurangnya?

telefon dan YM dan Skype ada...heheheh

Maaf zahir batin dari saya jua!

Pak Ngah: said...

:: salam... fokusnya berbeza...

:: pengurang burukan... berfokuskan keburukan... -ve tuuu... tapi penambahbaikan berfokuskan kebaikan... lebih +ve sifatnya... hmmm... eh eh eh... sama atau tak sama nii...

Sharifah Hassan said...

Salam kembali!

Kalau difokuskan untuk mengurangkan keburukan...pasti secara automatiknya...kebaikan akan bertambah!! Maka tersedarlah diri bahawa aku juga punya keburukan....hahahahah

Kalau difokus hanya pada kebaikan..nanti riak pula tuan punya diri dek sangkaan semua macam bagus padanya...

pelanduk dua serupa...heheheh!