Monday, December 3, 2007

Idea nak ke India


Sebenarnya aku tak lah begitu ghairah nak ke India...tambahan pula sekarang ni tengah ada projek baru yang rancak berjalan.Sebab utama yang aku masih teruskan ialah kerana rakan baik aku si Anita yang siapkan semua. Dia uruskan tiket, visa, itinerary, termasuk research kat mana nak tinggal, booking tiket bas, keretapi di India.(Apa tidaknya, dia sedang cuti belajar masters, suami pula kerja kat Melaka, dah tu sedang tunggu offer untuk ke maktab sebagai pensyarah) Dan aku pula...goyang kaki! Hahahahaha...tak juga, cuma masing-masing sibuk dengan jadual ketat.

Aku selalu kata, dalam perjalanan, kita perlukan persinggahan walaupun sekejap. Dan kalau lama sangat mungkin ketika itulah perjalanan kita akan berhenti. Atau jantung kita!

So, dalam tempoh beberapa hari aku akan fly ke India untuk 10 hari. Apa yang aku harapkan di sana ialah sedikit ketenangan untuk aku mula merangka kehidupan untuk aku. Sepanjang perjalanan aku banyak manusia-manusia baik yang aku jumpa, yang sesungguhnya membantu aku untuk meluruskan langkah ku. Salut.

No comments: