Friday, December 21, 2007

Raya Alaf baru...


Dulu-dulu, semasa bulan Ramadhan, kita sering sibuk menunggu Malam Tujuh Likur, kebiasaannya rumah kita diterangi dek cahaya pelita sepanjang malam dan kanak-kanak akan berseronok bermain bunga api. Kelihatan pula orang tua-tua berjalan pulang dari masjid membawa saki baki more untuk dihabiskan sewaktu sahur nanti.

Dan bila masa berjalan, lampu-lampu pelita diganti dengan lampu elektrik yang silih berwarna-warni. Kanak-kanak lebih sibuk mengadap astro dan orang tua-tua laju dengan motor masing-masing, masjid pula kelihatan sepi selepas selesai terawih.

Sekarang pula, ramai yang berbunyi, raya pun tak macam raya, dah tak ada sambutan dan kemeriahan seprti zaman kanak-kanak mereka lagi. Tiada lagi ibu-ibu yang sibuk pada malam raya, bapa-bapa yang sibuk melayan anak bermain bunga api atau membantu si isteri memasang langsir. Suasana yang wujud ialah semua ahli keluarga bergelimpangan di depan TV, menukar chanel demi chanel nak tahu apa cerita menarik untuk ditonton pada cuti raya. Ada juga keluarga yang sibuk merancang untuk bercuti di kawasan peranginan atau ke luar negeri sepanjang cuti raya.

Itu raya puasa.

Kalau raya haji lagi canggih.

Kalau dulu, berbulan sebelum ketibaan raya haji, ramai yang sibuk mencari panggu untuk membuat sedekah qurban tapi kini boleh order melalui internet! Bila tiba hari untuk melakukan upacara qurban di masjid atau surau, lebih ramai yang datang mengambil kupon untuk mendapatkan daging dari yang datang membantu melapah lembu atau kerbau.

Makin banyak tradisi yang semakin dilupai dan semakin ramai generasi yang sudah tidak memahami apa ertinya qurban. Malahan amalan ziarah dan bertukar juadah sudah dianggap lapuk dan ketinggalan zaman. Maka wujudlah raya alaf baru...

~ MEH ramai-ramai kita menziarah BLOG rakan maya semperna raya nih!!! Tak membazir minyak, masa dan wang ringgit serta tak perlu penat menyediakan air dan juadah..duit raya pun tak payah! Jangan lupa meninggalkan ucapan dan bertanya khabar kerana kadang-kadang tuan punya blog tak online sebab dia sedang beraya di blog orang lain!

Faham kan? Jadi jangan ada yang komplen kenapa raya pun tak rasa macam raya sebab yang mewujudkan perasaan itu adalah kita sendiri. Kita juga yang perlu mengekalkan budaya dan tradisi raya supaya keindahan menyambut raya dirasai oleh anak-anak kita agar mereka dapat membawa nikmat itu untuk ke hadapan pula...


2 comments:

10000 Smiley Faces said...

www.10000smileyfaces.com

Hola, mi nombre es Ezequiel y te invito a formar parte de la comunidad de las “1000 Caras Sonrientes". Allí podrás hacer un link a tu blog y aumentar la cantidad de visitas. Nuestro objetivo es crear un medio de promocion de blogs y páginas personales porque pensamos que hay mucha gente que tiene algo que decirle al mundo entero.


www.10000smileyfaces.com


Hi, my name is Ezequiel, and I invite you to be a part of the 10000 Smiley Faces Community, link your blog and raise your visits. We created this website to everyone who has a blog or personal site and want to tell something to the world.

Pak Ngah: said...

:: Salam... hari raya dan beraya mungkin berbeza mengikut lokasi, usia dan mood semasa... malah kekadang kebiasaan2 yang diamalkan sering berubah mengikut peredaran masa... dan kebiasaan2 yang dibiasakan sahaja biasanya akan kekal... manakala yang lain... mungkin akan beransur2 hilang, lupus dan luput... agakan PakNgah je ni...