Aku terpanggil untuk menyebut sesuatu yang tidak ramai yang mampu untuk sebut ...mungkin kerana merasakan hanya dirinya sahaja yang terasa sedemikian atau mungkin ia adalah perkara biasa dalaam kehidupan kita seharian.
Kalau dihalusi banyak persoalan yang timbul bila bercakap tentang perkara ini. Cuba kita tanya pada diri kita sendiri terlebih dahulu sebelum bertanya kepada orang lain!
Berapa ramai di antara kita yang merasakan kita benar-benar dihargai dalam segala jua perbuatan atau tindakan yang dilakukan?
Berapa ramai diantara kita mengharapkan penghargaan dalam kehidupan kita?
Berapa ramai diantara kita yang kecewa sendiri apabila apa yang dilakukan oleh kita terasa seperti tidak dihargai?
Berapa ramai diantara kita yang menghargai apa yang dilakukan oleh orang lain terhadap kita?
Dan satu situasi lain pula...
Berapa ramai diantara kita sekadar menelan sahaja segala harapan yang tersimpan di minda dan hati kerana tidak mampu menyebut apa yang ingin disebut?
Berapa ramai diantara kita yang mengharung kehidupan dan menghadap kehidupan seharian tanpa memikirkan diri sendiri tetapi terus memberi kepada orang lain sedangkan dirinya sendiri terabai?
Berapa ramai diantara kita ingin dihargai?
Aku mempunyai dua sahabat yang rapat denganku. Hari ini aku memperuntukan sedikit masa untuk berbual dengan mereka. Kedua-duanya menyebut satu perkataan yang sama...Penghargaan.
Kedua-duanya menyebut bagaimana mereka melakukan dan memberikan yang terbaik untuk yang tersayang namun begitu mereka tidak mendapt balik seperti mana yang mereka harapkan.
My Comment: Aku menyedari keadaan di mana kita sangat kurang menghargai orang di sekeliling. Selalu sangat kita mengharap kita dihargai dengan alasan kita sentiasa memberi yang terbaik untuk mereka yang kita sayangi...tapi diri kita sendiri... bagaimana? Siapa yang sedar apa yang kita lakukan? Adakah kita perlu melakukan lebih baik lagi...memberi yang lebih baik lagi dari apa yang telah kita berikan sehingga kita merasakan kita benar-benar dihargai? Keadaan ini berlaku bukan sahaja dikalangan orang dewasa tetapi bermula dari sekecil-kecil 2 tahun. Aku memerhati anak lelaki aku yang seorang itu...tersangatlah mudah, kalau kerapkali dia dipuji, pasti sekali perkara yang sama itu dilakukan semula berkali-kali dengan mudah sekali... Iktibarnya...begitulah juga kita yang dah dewasa ini tetapi ramai di sekeliling kita yang berat mulut untuk mengakui bahawa dia mendapat apa yang dia inginkan dari pasangan ataupun dari sekelilingnya dan memberikan perghargaan kepada insan istimewa itu... Teringat aku kepada seseorang yang selalu berkata.."Just bagi balik apa yang kau dapat sebagaimana aku berikan"
Maka segala-galanya berbalik semula kepada bagaimana kita melihat dan memahami diri kita dalam alam fana ( ke..maya) ini. Dan sebelum kita menyalahkan sekeliling, satu persoalan yang kita perlu jawab ialah bilakah kali terakhir kita menyebut yang kita menyayangi dan menghargai apa yang kita ada?
Re: Anita...Terima kasih berjuta-juta lemon! kerana telah membuat satu perancangan perjalanan yang banyak meninggalkan memori hebat dalam lipatan kenanganku. Terima kasih juga kerana menjadi seorang sahabat yang menyedarkan aku tentang segala kekurangan dan kelemahan diri aku...Really appreciate your email!!

5 comments:
:: salam... TOK GURU pernah sebutkan perkara ini kepada PakNgah suatu ketika dulu... memberi dan menerima itu adalah perkara biasa... tetapi ikhlaskanlah diri kita apabila memberi... sebaiknya tidak mengharapkan balasan... dan sewajarnya kekadang kita memberi... dan kekadangnya kita menerima... dan rasa2 PakNgah le... kita tak perlu kecewa apabila kita tidak menerima... walaupun dah puas memberi atau asyik memberi sahaja...
:: dan teringat kat MASLOW... dia kata... harapan dan keinginan setiap individu tu berbeza... ada hirarkinya... dan kekadang tu hararki tu boleh berubah2 pulak mengikut masa, keadaan dan beberapa angkubah lain...
:: dan kesemua inilah yang mungkin menjadikan kita ini pelbagai dan rencam sifatnya... tak gitu?
Salam,
Seseorang pula pernah menyebut konsep selesa dalam telapak tangan yang menghayun.
Keselesaan itu menyebabkan si penerima alpa dan lupa bahawa tangan yang menghayun sudah kelenguhan dan tidak mampu lagi untuk meneruskan hayunan.
Ketika lenguh inilah, banyak keadaan yang mula difikirkan oleh si penghayun tangan...kalaulah...
:: salam kembali... mungkin boleh diusahakan agar si penerima dan si penghayun... berkomunikasi secara yang lebih +ve untuk merungkai permasalahan... bukannya berkomunikasi -ve yang bakal mengusutkan lagi keadaan... agak2 PakNgah le... dan mungkin pula agakan PakNgah tu pun salah...
Salam,
membentuk komunikasi +ve memerlukan dua pihak yang dapat berbincang secara terbuka tanpa meletakkan sempadan ego sebagai kayu pengukur siapa bakal menang atau kalah dalam perbincangan ini.
Ramai ini antara kita masih berselimut dengan ego sehingga kita gagal memahami APA yang disebut kerana masih melihat SIAPA yang menyebut...
Akhirnya komunikasi yang diharapkan terkulai dalam lipatan selimut ego pasangan tersebut...
Bukan melihat dari sudut -ve tetapi menyebut apa yang sukar disebut oleh kebanyakan orang.
Kita lebih suka mencantikkan suasana dengan menyebut apa yang "standard" disebut bukannya apa yang benar-benar ingin disebut...
:: salam kembali... "keterbukaan" mungkin menuntut sedikit pengubahsuaian dalam berkomunikasi... walaupun menjurus kepada komunikasi +ve... terutama "penilaian" dan "andaian" awal kita terhadap pasangan kita... agar "keterbukaan" tersebut mampu memberi makna yang sebenarnya.
Post a Comment