Hari ini aku bangun dari jam 4 am lagi...aku melanggu dan mula membaca..aku banyak menghabiskan masa berfikir tentang kehidupan, kematian dan persinggahan yang aku lalui sepanjang perjalanan aku...
Dalam masa yang sama, aku membuka kembali skype dan YM, mencari kembali nostalgia yang tersimpan di situ. Banyak perbualan aku dengan rakan-rakan yang membuka mata aku bahawa beruntungnya aku mempunyai ramai rakan taulan yang sentiasa menyokong segala yang aku lakukan.
Kadang-kadang aku selalu menganggap betapa sepinya hidup ini tetapi sebenarnya kesepian itu penuh dengan keriuhan kasih sayang yang tidak disebut tetapi kelihatan hanya pada mata hati.
Aku sebenarnya seorang insan yang beruntung dan terpilih dari saat aku dilahirkan lagi kerana kehidupan yang aku lalui sentiasa mengangkat aku kepada seorang manusia yang lebih baik dari semalam. Aku berjaya melakukan dan mencapai perkara-perkara yang masih lagi menjadi perkiraan dan percaturan bila dan bagaimana bagi orang lain.
Kesyukuran yang aku panjatkan sebenarnya tidak terucap dengan kata-kata kerana terlalu banyak yang aku dapat

No comments:
Post a Comment