Aku suka artikel yang ditulis oleh Abah Muizz tentang latar belakang penulis-penulis blog yang hanya dikenali melalui penulisan dan sedikit-sebanyak rentetan harian atau kejadian yang "umph" yang berlaku dalam hidup mereka!
Bila difikirkan semula aku sendiri menemui ramai pemilik blog yang mempunyai rentak pemikiran yang hampir sama iaitu mereka juga mencari ruang dan peluang untuk diterima dalam kehidupan walaupun sekadar di kehidupan maya! Semalam aku menonton cerita orang putih lakonan Nicholas Cage. Ada satu dialog yang dapat aku kaitkan dengan pemilik-pemilik blog.
Watak A: " Awak tinggal di blok Utara. Aku kenal semua penghuni di situ tapi aku tak pernah tengok engkau..."
Nicholas Cage: "Aku tinggal di blok Utara dan ada 160 penghuni di situ dan mungkin aku tidak mahu mengenali 159 penghuni lain..."
Adakah kita membawa 2 watak dalam kehidupan ini? Di blog kita mempunyai group manusia yang sealiran tetapi tidak wujud di dunia nyata manakala apabila kita bergerak di dunia nyata, kita hanyalah wajah-wajah yang tidak dikenali?
Kita selalu mencari recognition dan kita seringkali terbabas dari landasan kerana ketiadaan seseorang yang memahami dan mengenali isi hati dan budi bicara kita yang sebenar-benarnya. Dan selalunya penulis blog ini adalah manusia yang sukar dikenali dan difahami kerana mereka bukanlah manusia yang pandai "menyebut". Maka isi hati dan luahan mereka disampaikan melalui ketukan alphabets yang situlis satu-satu...
Namun begitu kita masih lagi memiliki 60% dari saham diri kita dan hanya 40% terjual di pasaran maya. Apa yang aku fikirkan ialah bagaimana 40% itu dijual? Apakah pengisian yang ada dalam 40% itu? Dan bagaimana kita menjual 40% itu? Laku tak? atau masih lagi tersusun atas rak , atau dibelek dan dikelebek tapi tidak dibeli?
Terima kasih abah Muizz kerana membuatkan aku terfikir kembali apa. kenapa dan bagaimana aku menjual!

No comments:
Post a Comment