Thursday, December 6, 2007

ANUMERTA

Bagaimana kita dapat mencipta cermin kaki kita? Adakah melalui cermin ini, kita dapat mengetahui arah dan haluan dalam kehidupan kita? Kita sering mempersoalkan ke manakah arah dan apa destinasi kita tetapi apakah yang menjadi kompas dalam kita menentukan arah tersebut?

ANUMERTA...bererti "kaca di tapak kaki" yang mempunyai makna pada diri seseorang. Jika didalami maksudnya, kaca adalah arca atau imej diri kita sendiri dan daripada situlah kita mampu menilai kemampuan dan destinasi kehidupan kita.

Aku pernah berbincang dengan seorang rakan tentang maksud cermin diri, bagaimana kita dapat melihat diri kita sendiri dalam seseorang "sejiwa" dengan kita. Tak banyak bezanya dengan cermin kaki, cermin diri, atau anumerta!

Hasil dari perbincangan dengan rakan itu menyedarkan aku bahawa diri kita mampu menjadi arca kepada seseorang jika kita dapat menzahirkan apa yang sebelum ini tersembunyi atau disembunyikan dari pandangan mata ramai. Masalahnya adakah arca itu dapat ditemui oleh semua orang, adakah ia bergantung kepada nasib atau ada ketentuan yang telah ditetapkan? Bagi aku nasib atau takdir sememangnya berada dalam tangan kita sendiri kerana hanya kita sendiri mampu mencipta kehebatan dalam diri kita. Itulah ketentuannya!

No comments: