Thursday, December 6, 2007

Kura-kura Terbang!

Kisah Arnab dan kura-kura memang banyak pengajaran.
Saya mengambil cerita arnab dan kura-kura ini sebagai motivasi diri. Pengajaran yang saya ambil...
1. kesabaran
2. Jangan tinggi diri dan bongkak dengan kelebihan yang ada
3. Fokus pada matlamat yang hendak dicapai
4. Buat berterusan jangan mudah putus asa

Hari ini aku bersembang dengan seseorang tentang konsep kura-kura, dibayangkan kura-kura itu perempuan dan bagaimana sabarnya perempuan dalam menyelesaikan tugas-tugas yang dilakukan. Arnab pula digambarkan sebagai lelaki kerana ramai lelaki yang begitu bersemangat pada awalnya dengan pelbagai rancangan yang ingin dilakukan tetapi akhirnya pancit tersungkur di saat akhir!

Dalam pada itu, dirungkai pula bagaimana seseorang yang senyap tetapi pantas menyelesaikan tugas dan seseorang yang riuh rendah tapi gagal menyempurnakan apa yang diamanahkan... Maka berlakulah perbandingan diantara si ibu ayam dan si ibu kura-kura. Kalau ibu ayam nak bertelur bising satu kampung tapi yang keluar hanya sebiji berbanding dengan si ibu kura-kura, senyap sahaja mengorak langkah ke pantai di kegelapan malam yang sunyi dan sepi tapi beribu-ribu telur dihasilkan dalam satu malam.

Aku pula memandang macam ni pula...

Kalau riuh dan mengeluarkan hasil sepadan dengan keriuhannya..bagaimana?

No comments: