Apa yang menarik dalam buku ini ialah bagaimana menguasai emosi anak-anak dan menjadikan mereka lebih stabil dari segi pengurusan emosi.
Ketika melawat sekitar Lost World of Tambun awal bulan November!
Anak-anak aku memang jenis yang didedahkan dengan pelbagai ruang dan peluang untuk menjadikan mereka mudah membawa diri jika ke mana-mana. Tetapi ada pelbagai faktor yang juga mempengaruhi tumbesaran dan kestabilan emosi mereka. Dan masing-masing ada "trait" tersendiri yang hadir bersama mereka sejak lahir lagi.
Bagi aku, didikan anak-anak lebih berpusat kepada pemikiran yang kritis dan analatikal..macam aku gak! Mereka perlu bijak membuat keputusan dalam memenuhi keperluan mereka. Apatah lagi setiap anak adalah berbeza-beza pembawaan diri mereka.
Bukan mudah mendidik anak-anak apatah lagi kalau kedua ibu dan bapa gagal memahami peranan mereka dalam membentuk anak-anak. Sukar bagi anak-anak mendapat asas dalam memahami diri mereka sendiri apabila si ibu dan bapa sering bertelagah pendapat dalam mendidik anak-anak. Ini kerana ibu bapa adalah role model yang menjadi panduan kepada tindak tanduk yang bakal dibawa oleh anak-anak di kemudian hari. Aku rasa ramai ibu bapa berhadapan dengan masalah ini apatah lagi jika tidak ada extended family yang dapat membantu mereka dalam menangani masalah mendidik anak-anak.
Aku sendiri mengakui kesukaran mendidik anak-anak untuk menjadi lebih stabil dari segi emosi, kuat jiwa dan doa aku semoga mereka mampu membezakan apa yang baik dan buruk, apa yang perlu dan apa yang tidak. Bak kata orang tua-tua, setandan kelapa, bukan semuanya menjadi, setandan pisang bukan semuanya masak.
Mungkin sebab itu ramai pasangan kini merasakan lebih baik mempunyai anak yang sedikit ( selalu dalam 3 orang atau kurang) kerana lebih mudah untuk mereka mendidik dari mempunyai anak yang "menderu" tapi semuanya "hampeh"!
2 comments:
Asyik tengok tempat orang je sampai lupa yang kampung kita pun ada tempat yang tak kurang menariknya..Tell me more about the Lost World of Tambun please..
Okay...next entry nanti akan diuploadkan gambar2nya!
Post a Comment