Saturday, December 22, 2007

Mencari Cinta

Gambar ini diambil secara curi-curi menggunakan camera handphone "cokia" ketika mereka sedang sibuk melayan Sufi sambil makan tengahari. Apa yang istimewa tentang pasangan ini? Mereka ada "sesuatu" yang tidak ada pada semua pasangan.

Aku sendiri terfikir bagaimana nak mencari "sesuatu" itu...

Teringat aku kepada beberapa kisah yang pernah aku baca. Antara iktibar yang dapat aku jadikan panduan ialah beberapa perkara dalam membina hubungan yang kukuh dan bahagia. Antara yang penting ialah carilah pasangan yang kita suka berbicara kepadanya kerana itulah teman kita sehingga akhir tua nanti. Ini kerana menjalinkan hubungan dengan seseorang yang tidak dapat menerima buah fikiran dan memberikan lantunan dalam perbualan akan mematikan buah bicara dan akhirnya hubungan itu akan menjadi sesuatu yang membosankan bagi kedua-dua pihak.

Antara perkara lain ialah si isteri juga perlu tahu ada dua keperluan suami yang mesti menjadi "top priority" dalam menjaga hubungan. Ini akan menentukan kebahagiaan rumahtangga akan berlanjutan. Pertama ialah air tangan si isteri akan menjamin kesejahteraan perut suami! Kedua menjaga tempat tidur supaya ia menjamin kesejahteraan jiwa si suami.

Bagi suami pula, dia perlu bijak menyediakan ruang untuk si isteri supaya terasa dilayan seorang kekasih. Layanan istimewa seperti membawanya keluar berdating, tengok wayang dan sekali sekala bercuti berdua sangat penting. Malahan ruang untuk si isteri meluahkan segala yang terbungkam dalam hatinya juga perlu sentiasa disediakan.

Namun begitu ada faktor-faktor tertentu yang menentukan bagaimana hubungan ini boleh berjalan lancar. Pertama kedua pasangan itu mesti suka antara satu sama lain. Malahan mesti ada unsur meminati kelebihan yang ada pasangan masing-masing. Antara yang tidak kurang penting ialah pasangan itu mesti saling sayang menyayangi antara satu sama lain. Apabila ketiga unsur ini digabungkan maka wujudlah perasaan cinta diantara keduanya.

Persoalannya, berapa ramai di antara pasangan yang ada, dapat menzahirkan semua ini? Satu pemerhatian yang menarik dapat aku lakukan ialah semua orang baik lelaki atau perempuan mempunyai impian yang sama, ingin dicintai sepenuh hati dan ingin mencintai sepenuh hati tetapi...bukan semua perempuan untuk semua lelaki dan sebaliknya. Maka bagaimana kita tahu yang manakah yang terpilih untuk menjadi pasangan kita?

9 comments:

arsaili said...

segalanya ketentuanNya..kita hanya berusaha

Sharifah Hassan said...

salam...

ada macam-macam jenis usaha...itu yang nak tau tu..Lepas tu barulah kita serah kepada ketentuannya...

Pak Ngah: said...

:: salam... jodoh kita telah ditentukanNYA untuk kita. Nokhtah. Kita terimalah seadanya akan kelebihan dan kekurangan pasangan kita... iaitu di pihak suami atau pihak isteri... penyesuaian diri, tolakansur dll perlu disekalikan dalam meneruskan kelangsungan kehidupan berkeluarga.

Sharifah Hassan said...

Salam...

Menerima segala kekurangan dan kelebihan memanglah yang sepatutnya. Namun begitu matlamat dalam kehidupan bersama harus ditentukan supaya kita dapat menemui "sesuatu" yang dicari itu. Kalau sekadar meneruskan kelangsungan kehidupan keluarga maka kita akan hanya menghadap kehidupan dan meneruskan langkah seorang walaupun hidup bersama...

Pak Ngah: said...

:: salam kembali... itulah maksud "... penyesuaian diri, tolakansur dll perlu disekalikan dalam...." yang memfokuskan kepada segala usaha dan ikhtiar bagi kedua2 pihak.

:: mungkin kita mengundang masalah jika melangkah sorang diri... kenapa tidak melangkah seiring dan sederap?... cuma terimalah pasangan kita seadanya di samping kedua2 pasangan terus dan giat berusaha utk menghasilkan kebaikan dan faedah bersama2 keluarga... sekurang2nya. cuma agakan pakngah je ni...

Sharifah Hassan said...

Salam,

Untuk melangkah seiring dan sederap memang boleh dilakukan apabila hayunan langkah sekadar menurut langkah orang sebelah. Masalahnya jika pasangan hanya mampu mengikut dan mengiyakan usaha tanpa benar-benar memahami usaha yang dilakukan untuk apa dan kenapa...

Apabila wujud pasangan yang seorangnya hanya menjadi penumpang dan seorang lagi menjadi pemandu...bagaimana pula?

Penumpang akan terlena dibuai angin dan lena kerana tidak mengetahui hala tuju dan merasakan si pemandu tahu apa yang dilakukannya...tiada kerisauan atau rasa ingin ambil tahu di pihak penumpang, asalkan sampai sudah..!!

Pemandu akan keletihan memutar stering dan ada masanya dia tersesat dan memerlukan seseorang untuk menolong membaca peta tetapi oleh kerana si penumpang sedang sedap lena, lalu didiamkan sahaja dan teruslah dia memandu keseorangan...Penat tu...

Kalau nak mengharapkan tolak ansur, saling memahami maka pasangan memerlukan satu keintiman dalam perhubungan dimana pasangan dapat meluahkan segala isi hati tanpa merasa "tidak sampai hati" Malangnya berapa pasangan yang mampu menyediakan ruang supaya "sampai hati" untuk menyebut apa sahaja tanpa sekatan dan menyelam satu-satu isu tanpa kelemasan?

Pak Ngah: said...

:: salam kembali... "keterbukaan" antara pemandu dgn penumpang atau antara pasangan mungkin mampu mengurangkan jarak "peranan" yang dipikul oleh mana2 pihak... dan mungkin ada baiknya jika sesekali dibiasakan agar penumpang diberi tanggungjawab sebagai pemandu... biarkan dia memandu mengikut kemampuannya... dan hanya dibantu jika perlu...

:: sebaik2nya hanya ada sorang pemandu... dan mungkin penumpang berkeadaan selesa sebegitu kerana meyakini bahawa pemandu bijak memandu tanpa perlu dibantu... dan mungkin juga pemandu tidak menyediakan ruang yang cukup agar penumpang sesekali dibenarkan memandu... walaupun cara pemanduannya mungkin tidak sehebat mana... akibat tidak terbiasa memandu... yang mungkin akhirnya membawa kepada penumpang semakin yakin untuk memandu... malah mungkin dia meminta supaya dia dibenarkan agar terus memandu apabila keyakinan diri semakin meningkat...

Sharifah Hassan said...

Salam..

Memang itu yang sewajarnya berlaku tetapi di alam fantasi sahaja kerana di alam realiti...lain yang diharap lain pula yang menjadi. Kebiasaan kita pula menyebut keinginan kita tetapi bila sampai keperingkat perlaksanaan apa yang kita inginkan akan sering menjadi menjadi "termengkelan" kerana kita tidak yakin dengan kemampuan si penumpang menjadi pemandu dek andaian-andaian yang bermain di kepala...

Pak Ngah: said...

:: salam kembali... ramai orang akan memujuk diri dan sering mengingatkan diri bahawa tak semua yang dirancang akan menampakkan keberhasilannya... sebab kekadang berhasil dan kekadangnya tidak... dan biasanya punya hikmah di sebalik ketidakberhasilan itu di samping sebagai sedikit ujian daripadaNYA yang kekadang tak terjangkau dik pemikiran kita...

:: "andaian2" tu sebenarnya bermain di kepala yang mungkin boleh dipertimbang untuk disingkirkan... dan cubalah berusaha yakini diri agar meyakini bahawa diri penumpang sememangnya boleh digantung harap... boleh melaksanakan peranannya... agak2 je ni...