Monday, December 17, 2007

Dah Lupa Hari ke berapa...

Sawadeekap....

Ketika entri ini dimasukkan, aku berada di Green House Guest House, Bangkok!! Pagi tadi kami bertiga telah mengikut Recreational Bangkok Biking Tour sejauh 25 km mengelilingi Bangkok dari kacamata penduduk tempatan. Guide kami, Yupin berumur 31 tahun dan dia membawa kami dari kawasan penduduk kelas satu sehinggalah ke kawasan "slump" (setinggan). Banyak kawasan yang sama seperti di Kuala Lumpur. Perjalanan mengambil masa lebih 4 jam dan Joan 2 kali jatuh basikal so kena bergerak perlahan sedikit. Anita pula dah demam selsema dan dia dah mula cranky sampaikan pemandu teksi pun marah dengan dia...sebenarnya aku sendiri pun kurang selesa dengan sikapnya yang masih belum dapat nak sync langkah untuk 3 orang. Bila dia tanya aku marah ke..aku ngaku jerr, memang aku marah. Selepas bike tour, kami ambil teksi untuk ke Guest House, sekali lagi pemandu teksi tu marah dengan dia. Aku tidur, malas nak layan!

Selesai check in, aku ambil keputusan untuk keluar sendiri, suddenly Joan buat keputusan untuk keluar dengan aku! Plan aku memang nak balik lewat, so sebelum aku berjalan semnpatlah aku call Langkawi bersembang dengan Anisa, sounds macam boring jerr kat sanaa sebab tak orang nak layan berjalan! Siap suruh aku janji bawa dia ke expo pada malam raya..agaknya dah tak ada benda nak buat lah tu...dan sempat pula suruh aku beli inai!!!Penat berjalan jauh-jauh, itu yang dipesan dek anak dara kau sorang nih...kuang..kuang..kuang..

Kami berdua tak sempat nak masuk Grand Palace sebab tutup jam 3.30pm. Tempatnya memang grand maka sempat ambil gambar dari luar sahaja! Kemudian kami naik bas ke Pantip Plaza untuk repair camera, tapi aku dinasihatkan ke Sony Service Centre, jenuh la nak tunggy aku balik Ipoh. Mungkin guna method orthodox jerrr...jemur bawah matahari, hopefully jadi!

Dalam masa tu sempat lagi kami minta IT expert tu ajar guna Nero Smart..pelik betul, rasanya benda Allah tu dah duduk dalam laptop aku berzaman tapi tak pernah tergerak nak burn CD! Malas nak explore sebab ramai yang sentiasa sudi membantu!! Pantip Plaza tu exactly macam Low Yat Plaza kat KL...same-same but different sebab barang kat sini jauh murah dari Malaysia. Joan beli knapsack computer untuk hubby dia dengan harga 450baths jerr..aku beli card reader dalam harga 40baths jer, senang nak transfer gambar ke laptop aku..(bijak kan..tapi bila nak buat..entah!!)

Balik dari Plaza, kami berdua merayau sekitar Kheosan Road. Aku tau Nita mesti risau pasal kami berdua, tapi pasal aku masih bengang dengan perangai dia..apa dia buat? Well, sebenarnya halnya kecil jer tapi sebab dia tak dapat nak tolak ansur menyebabkan aku rimas! She okay tapi bila kita bergerak ramai, terpaksalah give and take sikit sebab ini holiday bukan Amazing Race, tambahan pula Joan sedang mengalami pre-menoupause symptoms, kenalah faham kalau dia slow, come on la she is 49 years old!! berbanding dengan aku yang baru ** old!!

So kami berdua rambu puas-puas!! Bila sampai di Guest House, tengok dia sedang tunggu kami kat coffee house, riuh dia bising risaukan kami berdua, aku buat pekak jer, terus pusing cerita pasal ke mana kami dah pergi hari nih!! Pas tu terus masuk bab nak dapatkan transport ke airport pada 19 hb...selesai itu, aku malas nak ke bilik, lepak kat cc!!

Conclusion aku sepanjang perjalanan ini, aku memang kena jadi pendamai!! Mungkin itulah hikmahnya sebab sebelum pergi aku ditegur panjang pasal perangai aku yang tak ambil kisah pasal perasaan orang lain! melihat Joan dan Anita, aku sedar bahawa kita kena selalu kena melihat di mata kita berada supaya kita dapat memudahkan keadaan untuk orang sekeliling...dan bantu apa yang boleh! namun begitu, maaf berkata..aku tak dapat nak suka semua orang dan sedang cuba untuk tidak membenci sesiapapun. Aku juga faham bahawa bukan semua orang akan sukakan kita dan mungkin ada yang bencikan kita....Anyway, it is not the end of the world sebab kita sentiasa boleh memilih untuk bersama dengan orang yang sukakan kita atau orang yang kita suka...

Kop Khun Kaa...
Sharifah

5 comments:

Mazza Homemade Cookies said...

begitulah semestinya bila berada di bumi asing...mesti bantu-membantu bukan batu-membatu

Sharifah Hassan said...

Salam myfisol,

Hahahahaha....kadang-kadang saya batukan diri jerrr..boleh gitu?

Pak Ngah: said...

:: salam... seronoknya bercuti sakan... ye le... jarang ketemu orang yang punya persamaan dalam bayak hal... selalunya berbeza... anak2 kita yang sedarah sedaging pun berbeza... inikan pulak yang tiada kaitannya... dan kepelbagaian dan perbezaan kesemua inilah yang "menceriakan" kehidupan kita... tak gitu?

Sharifah Hassan said...

Salam buat PakNgah,

Sebenarnya bila jumpa seseorang yang banyak persamaan ada dua kemungkinan...

satu mungkin persamaan itu akan membina momentum yang lebih hebat yang dapat membawa diri kita ke arah yang lebih positif..

kemungkinan lain pula, kedua-duanya akan berlumba untuk membuktikan siapa yang lebih hebat di antara dua...

Apa pun kedua-duanya memang membuka banyak pintu dalam diri kita...rasa-rasanya lah..!!

Pak Ngah: said...

:: dua kemungkinan je... ingatkan banyak...

:: tapi kekadang tu... pintu2 tu tertutup rapat... sukar dibuka hingga perlu dipokah... macamana pulak jika begitu...