Morning to all, kami bertiga masih lagi di Luang Prabang. Semalam kami dah cover morning market, kemudian ke Kuang Xi waterfall, perkampungan suku "Monk" dan sebelah malamnya kami berjalan dan bargain untuk cenderamata di Night market. Pasal bargain ni, memang best sebab kami kena bargain dalam 2 currency iaitu dalam USD dan Kips!! Tapi kami lebih suka bayar dalam USD kerana 1 USD bersamaan 95 800kip.
Antara benda yang dibeli ialah beberapa helai T-shirt...same-same but different!!, sarung lampu dari papier mache dan sarung sutera tenunan tangan. Buatan tangan mereka memang halus dan cantik. Kebetulan di Vanvisa Guesthouse, owner dia memang pandai buat tenunan sarung tapi terlalu mahal kerana designnya exclusive. Ada yang sampai mencecah 30USD.
Hari ni kami bertiga akan berkayak di Nuanang River sehingga petang dan mandi di waterfall. Sambil itu kami akan melawat perkampungan asli di sekitar kawasan sungai itu.
Melihat orang kampung ini, kadang-kadang aku terfikir bagaimana mereka menjual kehidupan mereka untuk mengutip beberapa ratus kip sahaja yang bersamaan hanya beberapa sen duit Malaysia. Rakyat Malaysia sangat selesa tapi masih lagi alpa dan lupa bahawa masih ramai manusia di luar sana yang hidupnya lebih teruk dari kais pagi, makan pagi...
Maaflah, Gambar tak dapat nak diuploadkan kerana internet kat sini slow. Charge menggunakan internet ialah 100kp perminit...cubalah kira mahal ke murah!!
Malam ni kami akan bertolak ke Vientiane menaiki bas 7.30pm dan dijangka sampai 6.30 am. kami ada seharian untuk melawat Vientiane dan 6.30 pm, kami akan menaiki keretapi menuju ke Bangkok. Perjalanan akan mengambil masa lebih kurang 12 jam.
Kopchai,
sharifah
kEk c0klAt kUkuS simple....
11 years ago
10 comments:
kopchai. kalau ikut package, mmg kita dibawa ke tempat yg eksklusif utk shopping. kalau ada masa di bandar & free, cuba round sendiri. kdg2 di supermarket/shopping complex lebih murah. happy travelling & shopping!
Hai Syarifah! Ter accident enter your blog sebab search engine braught me there on your comment about my ORANG LAIN. TQ for your compliment and HAPPY JOURNEY. Simplify Your Life!
just dropping by...1st. impression, you're quite adventureous..
Salam PakTeh,
aik dah balik dari merayau sebelah pantai Timur ? Apa yang menarik??
Setakat perjalanan memang best!! Backpacking sentiasa menjanjikan pengalaman berbeza!
Salam myfisol,
Thank you! I am taking it as a compliment..hahahha
Do drop by okay!
Dear Johan,
Does my life life sound that complicated??
Dear Syarifah,
No! Thats not what i mean. The statement just general. What you are doing now, is really cool and make life simple. Ok? Follow Your Heart. Hati Bersih Tuhan Sayang!
Dear Johan,
Thanks...bila nak start post dalam blog??
Dear Syarifah,
Simplify? Total acceptance. Faham konsep penyerahan sebetulnya kepada Tuhan.
"Whatever happened in our life is the best thing should be happened to us." Allah maha penyayang, tidak mungkin akan mungkir janji. Hanya kita yang tidak yakin dan jarang nampak hikmah dari segala apa yang terjadi, terutama perkara yang kita tidak harapkan.
Post a Comment