Wednesday, December 5, 2007

Perhatikan

Cerita yang nak aku ceritakan ini, harapnya tidaklah menyentuh mana-mana pihak samada yang hidup ataupun yang dah tiada...

Aku suka memerhati walaupun selalunya mata ini tidak memerhati benda-benda yang sedang diperhatikan! Malahan selalunya aku akan melihat benda yang tidak ditunjuk dan cuba disorok.

Memerhatikan benda yang orang tak nak tunjukkan selalu menarik perhatianku. Cubalah perhatikan anak-anak kecil yang baru cuba bersahabat dengan seorang rakan baru...Mereka selalu malu-malu dan bila dah rapat selalunya salah seorang akan menjadi pengikut dan seorang lagi akan menjadi boss! Tapi itu tak penting. Yang penting ialah bagaimana jalinan persahabatan itu berlaku. Kanak-kanak mudah melihat semua kanak-kanak lain dengan pandangan ikhlas dan" semua orang baik".

Apa yang menariknya itulah juga sikap manusia dewasa! Sebenarnya kita masih lagi mempunyai kanak-kanak kecil itu dalam diri kita tapi kita sudah membunuhnya apabila kita mula memberi perhatian kepada masalah "orang besar" sedangkan kalau kita mengambil pendekatan bagaimana seorang kanak kecil memulakan langkah pertama untuk memulakan hubungan, pastinya mudah untuk kita meluahkan apa yang terbuku. Kanak-kanak sentiasa ikhlas dan selalu cuba memberi yang terbaik. Malahan mereka mendapat kepuasan apabila rakan baru mereka menerima mereka tanpa mempersoalkan siapa mereka, berapa gaji mereka atau apapun rupa paras mereka.

Kanak-kanak kecil memberi dengan mudah dan mereka biasanya sangat ikhlas. Berbanding dengan orang besar dengan masalah orang besar...orang besar selalu mencari sebab dan mengapa seseorang itu ingin berbaik dengannya..Ibarat "udang di sebalik mee"! Kenapa begitu? Mungkinkah orang besar selalunya fikir besar? Lagi besar yang difikirkan lagi besarlah kawah fikiran yang dikacau...

Aku selalu melihat perkara itu...walaupun selalunya tak ditunjuk!

8 comments:

Anonymous said...

Oi, achei seu blog pelo google está bem interessante gostei desse post. Gostaria de falar sobre o CresceNet. O CresceNet é um provedor de internet discada que remunera seus usuários pelo tempo conectado. Exatamente isso que você leu, estão pagando para você conectar. O provedor paga 20 centavos por hora de conexão discada com ligação local para mais de 2100 cidades do Brasil. O CresceNet tem um acelerador de conexão, que deixa sua conexão até 10 vezes mais rápida. Quem utiliza banda larga pode lucrar também, basta se cadastrar no CresceNet e quando for dormir conectar por discada, é possível pagar a ADSL só com o dinheiro da discada. Nos horários de minuto único o gasto com telefone é mínimo e a remuneração do CresceNet generosa. Se você quiser linkar o Cresce.Net(www.provedorcrescenet.com) no seu blog eu ficaria agradecido, até mais e sucesso. If is possible add the CresceNet(www.provedorcrescenet.com) in your blogroll, I thank. Good bye friend.

Anonymous said...

dasyat nye cikgu punya blog... ramai org visit termasuklah dari luar negara.

tapi...........apa org kat atas ni cakap ?

Anonymous said...

kanak2 kecil hanya nampak apa didepan matanya aje...orang dewasa nampak lebih dari itu bila mereka melihat sesuatu...hati mereka tak mudah kata ye...mereka akan lihat depan belakang luar dan dalam sebelum mengangguk ye...so...kena berhati2 bila deal dengan orang dewasa..he he

Sharifah Hassan said...

Dearest Syahirah...

Awak pun boleh buat kiraan pelawat dlm blog awak...Get Widget!

Pasal Crescenet, it is more a website pasal buat duit..bla.bla..bla..confirm keje rakyat msia gak!!

Hi Fauzi,
Ke Bali...bestnya, semua ka?

Pasal orang besar tak nak jadi orang kecik nih...sebenarnya kita terlalu banyak prasangka dan membuat buruk sangka, tambahan pula kita terlalu mementingkan ruang peribadi!

Anonymous said...

Kadang2 kita 'memburuksangkakan' keikhlasan dan ketelitian sesaorang. Pengalaman mengajar kita agar mengunyah dahulu sebelum menelan terus..Kalau ada terasa tulang2 boleh diluahkan keluar..sebab itu kanak2 selalu tercekik bila makan berbanding dengan 'orang besar'.
..betul ke?...entah

Sharifah Hassan said...

Hi Fauzi,

Memang tepat analogi itu tetapi adakah kita perlu mengunyah lama-lama sehingga hilang rasa di lidah baru nak ditelan. Adakah hanya takut tercekik, kita harus memilih hanya lauk yang tidak bertulang? Kadang-kadang walau sudah mengunyah, masih lagi termengkelan...camna pula eh?

Anonymous said...

mengunyah lama2 bukan saja nak elak tulang2..tapi yang penting usus besar dan usus kecil tak perlu buat kerja lebih yang bukan bahagian kerja dia...so next time tak ada stomach upset...kalau nak sakit juga, baru serah pada ketentuan Nya...he aku ni dah mula belajar pikir cara susah pulak..he he he...

Sharifah Hassan said...

hahahahhaha..ala sekali sekala memikir di luar pemikiran biasa apa salah nya!! jangan asyik sekadar memandang dari jauh jerr!