Rumah di Kampung Matang Gelugor ( dekat dengan kediaman Ngah ~pembunuh JWW Birch) terletak dekat dengan Port Weld ialah tempat aku dilahir dan dibesarkan buat tujuh tahun pertama. Itu mak aku sedang menuju ke ampaian untuk menjemur pakaian.
Pandangan belakang rumah. Tempat dimana getah skrap digelek dan dijemur.
Keluarga Tok ayah chu. Ada mak, Ijan dan aku juga!
Keluarga angkat yang masih berhubungan sehingga hari in. Cuba cari aku ada dicelah-celah yang ramai itu! Ayah chu adalah tokwan kesayanganku kerana dia memang sangat sayangkan aku. Abah pun kalah dengan dia! Ayah chu ialah pesilat yang hebat dan di hadapan rumahnya gelanggang akan dibuka untuk pelajarnya belajar bersilat. Selain dari itu ayah Chu memang suka berburu dan aku memang selalu mendapat habuan! Memang aku suka makan daging ayam hutan, kancil dan selalunya burung lah! Aku pernah mengikutnya berburu tupai dan memang aku tak boleh jadi doktor! Aku geli tengok darah!
Nampak tak mamat orang putih dicelah ramai-ramai tu? Itulah John Heribert. Lelaki German yanag bertandang di rumah aku selama beberapa bulan ketika aku berumur 4 tahun kerana terlibat dengan aktiviti sukarelawan . Dia bekerja sebagai seorang engineer. Kali terakhir kami berutus surat ialah pada tahun 1989 (aku berumur 17 tahun). Ketika itu gambar ini dikirim kepadaku supaya aku tidak melupakan kenangan semasa kecilku.
Dia memang aku anggap sebagai uncle. Panggilan aku kepadanya ialah uncle Heribert. Seorang yang sangat tinggi! dan sentiasa ceria. Aku selalu mengikut ke mana sahaja dia pergi kerana pada aku dia ialah seorang yang "fascinating"
Esok mungkin aku akan kirimkan surat kepadanya! Tambahan pula sekarang lebih mudah dengan email, Skype dan Yahoo Messenger.
Bercerita tentang rumah pusaka ini, rasanya pada tahun 1992, rumah ini telah terbakar dan tanah ini sudah dibangunkan menjadi ladang kelapa sawit oleh Pandak. Maka yang tinggal hanyalah kenangan.

No comments:
Post a Comment