Ijan tiba dari Shah Alam pada hari Khamis petang. Ketika itu aku dan Sheda dah mula sibuk memulakan projek kami....Apa lagi Moist Chocolate Cake! Target kami hanya untuk 200 biji jer. Alhamdulillah dapatlah aku sampai ke target yang ditetapkan. Walaupun keuntungan itu akan digunakan untuk ke India tetapi sebenarnya aku lebih kepada seronok mencari duit free!
Rasanya pagi raya, ramai yang tersenyum kerana mendapat duit raya di luar jangkaan! Dan dapatlah aku sponsor untuk kenduri 'cum' rumah terbuka di Aulong tahun ini.
Bila memikirkan perancangan untuk raya, aku rasa tahun ini memang sederhana sungguh di rumah Aulong. Biasanya abah dah sibuk membakar lemang tapi tahun ni cuma beli 4 batang sahaja. Dan aku memang ada perangai buruk..lemang kalau dibeli memang aku tak sentuh sebab nanti ada je yang tak kena! Mungkin aku dah terbiasa makan lemang jagung yang dibuat sendiri. Namun begitu, rendang tok dan rendang pedas tetap tersedia di atas meja! Dan buat pertama kalinya di pagi raya kami sekeluarga dihidangkan dengan nasi minyak berbanding sebelum-sebelumnya, juadah utama ialah lemang, ketupat dan kuih-muih.
Satu yang paling aku selesa di Aulong ialah, surau hanya di sebelah rumah. Tak perlu bergegas atau terkejar-kejar nak ke surau! Dan biasanya kami sekeluarga akan dikejutkan dengan takbir raya seawal 5 pagi. Rasanya malam tu aku tidur tak sampai pun 2 jam!
Selesai sembahyang raya, selalunya semua akan berkumpul untuk bermaafan. Tahun ni mak agak syahdu sendikit, mungkin kerana banyak kejadian yang di luar jangkaan telah berlaku.
Selesai bersarapan, 3 buah kereta bergerak menuju ke Kampung Sungai Kecil Hulu, Bandar Baharu, Kedah (dekat Parit Buntar) untuk beraya dengan Tok Miah dan Tokwan Saad.
Sebenarnya aku ada paksu tetapi dia meninggal semasa berusia 5 tahun kerana terjatuh di telaga depan rumah tok. Kini telaga itu hanya menjadi kenangan dalam lipatan sejarah kerana tanah itu diambilalih untuk dijadikan lebuhraya Utara Selatan. Kalau dari lebuh raya memang boleh nampak rumah tok jika pulang dari Pulau Pinang.
Berbalik kepada pakcik Din dan Makcik Bibah, kenapa pak sedara dan mak sedara aku dipanggil pakcik dan makcik adalah kerana dah kehabisan pangkat dalam keluarga!! Mak aku pula sebenarnya ada dua beradik je. Bila mak dia meninggal, tokwan kawin lain dan dari situ aku mendapat ramai pak sedara dan mak sedara tiri. Kesemuanya 6 lelaki (seorang meninggal) dan 3 perempuan. Dan raya kali ni yang tiada dalam gambar ialah Makngah Siah, Paktih Ki.
Kisah Paktih Ki lagi best! Dia berkahwin dengan sepupu mak. Sepupu mak ni pernah bekerja dengan mak dari aku berumur 9 tahun sehingga 13 tahun. Masa ni Paktih Ki (adik tiri mak) tinggal bersama-sama kami sebab dia bekerja di KTM dengan abah. Nak jadikan cerita..mereka bertemu jodoh di rumah kami! Mak dan Abah yang uruskan perkahwinan mereka. Dan aku dah terbiasa memanggil mereka dengan panggilah Pakteh Ki dan Makngah Ina, jadi sampai ke hari ini ramai sedara mara yang tercengang-cengan kerana mereka sering tertanya...kalau pakteh, mana Maktehnya! dan kalau Makngah ...mana Pakngah nya!!! Mak selalu cover line! Kata mak nak bagi adil sebab kedua-duanya adalah adik beradik juga! Hahaha..jenuh juga nak bagi orang faham. Rasanya aku dan adik-beradik aku je yang buat camni! Hahahhahh...
Seronok juga beraya di rumah tokwan sebab sempat juga kami bergambar beramai-ramai. Mungkin kerana dah ramai yang memiliki kamera digital yang membuatkan ramai yang ingin mengabadikan saat-saat yang pasti tidak mungkin dapat dikembalikan.
Melihat tok yang semakin sihat memang melegakan aku tetapi tokwan dah mula membebel kerana tok tak mahu memakai bracket yang dibeli untuk menyokong tulang belakangnya. Semua aduan tokwan disampaikan oleh pakteh Ki kepadaku masa kami beraya di rumahnya di Bukit Mertajam mungkin dengan harapan aku akan memujuk tok tapi aku hanya mengambil langkah mendiamkan diri dan memerhati kerana pada pendapat aku sudah tiba masanya anak-anak lelakinya seramai 5 orang untuk mengambil alih!
Adatlah orang tua...bila dah sihat sikit dan berasa selesa, pasti mula mengambil mudah segala perkara yang sepatutnya dijaga!
Rasanya pagi raya, ramai yang tersenyum kerana mendapat duit raya di luar jangkaan! Dan dapatlah aku sponsor untuk kenduri 'cum' rumah terbuka di Aulong tahun ini.
Bila memikirkan perancangan untuk raya, aku rasa tahun ini memang sederhana sungguh di rumah Aulong. Biasanya abah dah sibuk membakar lemang tapi tahun ni cuma beli 4 batang sahaja. Dan aku memang ada perangai buruk..lemang kalau dibeli memang aku tak sentuh sebab nanti ada je yang tak kena! Mungkin aku dah terbiasa makan lemang jagung yang dibuat sendiri. Namun begitu, rendang tok dan rendang pedas tetap tersedia di atas meja! Dan buat pertama kalinya di pagi raya kami sekeluarga dihidangkan dengan nasi minyak berbanding sebelum-sebelumnya, juadah utama ialah lemang, ketupat dan kuih-muih.
Satu yang paling aku selesa di Aulong ialah, surau hanya di sebelah rumah. Tak perlu bergegas atau terkejar-kejar nak ke surau! Dan biasanya kami sekeluarga akan dikejutkan dengan takbir raya seawal 5 pagi. Rasanya malam tu aku tidur tak sampai pun 2 jam!
Selesai sembahyang raya, selalunya semua akan berkumpul untuk bermaafan. Tahun ni mak agak syahdu sendikit, mungkin kerana banyak kejadian yang di luar jangkaan telah berlaku.
Selesai bersarapan, 3 buah kereta bergerak menuju ke Kampung Sungai Kecil Hulu, Bandar Baharu, Kedah (dekat Parit Buntar) untuk beraya dengan Tok Miah dan Tokwan Saad.
Keluarga besar sebelah mak aku...
Setiba sahaja di muka pintu, kami disambut oleh pakcik Din dan makcik Aisyah yang tinggal di Seremban. Fulamak..menu mereka dipagi raya memang mengancam! Bihun Sup Tulang penangan Makcik Bibah aku (mak sedara yang paling kecil)!Sebenarnya aku ada paksu tetapi dia meninggal semasa berusia 5 tahun kerana terjatuh di telaga depan rumah tok. Kini telaga itu hanya menjadi kenangan dalam lipatan sejarah kerana tanah itu diambilalih untuk dijadikan lebuhraya Utara Selatan. Kalau dari lebuh raya memang boleh nampak rumah tok jika pulang dari Pulau Pinang.
Berbalik kepada pakcik Din dan Makcik Bibah, kenapa pak sedara dan mak sedara aku dipanggil pakcik dan makcik adalah kerana dah kehabisan pangkat dalam keluarga!! Mak aku pula sebenarnya ada dua beradik je. Bila mak dia meninggal, tokwan kawin lain dan dari situ aku mendapat ramai pak sedara dan mak sedara tiri. Kesemuanya 6 lelaki (seorang meninggal) dan 3 perempuan. Dan raya kali ni yang tiada dalam gambar ialah Makngah Siah, Paktih Ki.
Kisah Paktih Ki lagi best! Dia berkahwin dengan sepupu mak. Sepupu mak ni pernah bekerja dengan mak dari aku berumur 9 tahun sehingga 13 tahun. Masa ni Paktih Ki (adik tiri mak) tinggal bersama-sama kami sebab dia bekerja di KTM dengan abah. Nak jadikan cerita..mereka bertemu jodoh di rumah kami! Mak dan Abah yang uruskan perkahwinan mereka. Dan aku dah terbiasa memanggil mereka dengan panggilah Pakteh Ki dan Makngah Ina, jadi sampai ke hari ini ramai sedara mara yang tercengang-cengan kerana mereka sering tertanya...kalau pakteh, mana Maktehnya! dan kalau Makngah ...mana Pakngah nya!!! Mak selalu cover line! Kata mak nak bagi adil sebab kedua-duanya adalah adik beradik juga! Hahaha..jenuh juga nak bagi orang faham. Rasanya aku dan adik-beradik aku je yang buat camni! Hahahhahh...
Seronok juga beraya di rumah tokwan sebab sempat juga kami bergambar beramai-ramai. Mungkin kerana dah ramai yang memiliki kamera digital yang membuatkan ramai yang ingin mengabadikan saat-saat yang pasti tidak mungkin dapat dikembalikan.
Melihat tok yang semakin sihat memang melegakan aku tetapi tokwan dah mula membebel kerana tok tak mahu memakai bracket yang dibeli untuk menyokong tulang belakangnya. Semua aduan tokwan disampaikan oleh pakteh Ki kepadaku masa kami beraya di rumahnya di Bukit Mertajam mungkin dengan harapan aku akan memujuk tok tapi aku hanya mengambil langkah mendiamkan diri dan memerhati kerana pada pendapat aku sudah tiba masanya anak-anak lelakinya seramai 5 orang untuk mengambil alih!
Adatlah orang tua...bila dah sihat sikit dan berasa selesa, pasti mula mengambil mudah segala perkara yang sepatutnya dijaga!
No comments:
Post a Comment