Sambutan Raya pada tahun ini memang adalah yang paling best! Untuk pertama kali sejak aku berumahtangga, kami empat beradik dapat beraya bersama-sama. It was more of a wedding anniversary present for our parents! Walaupun ia tidak dirancang langsung! Mungkin ia lebih kepada gerak hati anak-anak. Dan aku selalunya yang mula-mula sampai dan yang terakhir sekali meninggalkan Aulong.
Aku bercuti terlebih awal (sejak Rabu) dari yang lain kerana terpaksa mengambil MC pada hari Rabu dek kerana adik aku yang bongsu dimasukkan ke hospital akibat ketumbuhan (cyst) di tiub falopian sebelah kiri. Akhirnya tiub falopian itu dibuang kerana ketumbuhan itu sudah pecah dan jika terlewat memang akan mengakibatkan kematian. Walaupun pembedahannya ringkas, hanya ditebuk 3 lubang di perut tetapi kesan jangka panjangnya memanglah jelas sekali kerana kemungkinan adik aku akan mengalami kesukaran untuk mengandung lagi selepas ini. Nasib baik dia dah ada anak 3 orang.
kEk c0klAt kUkuS simple....
11 years ago
No comments:
Post a Comment