Saturday, October 27, 2007

Membentuk Kebetulan

Melakukan perkara-perkara yang betul akan mencipta kebetulan
~ Kata-kata in dipetik dari hasil tulisan En Ramli Zakaria, seorang pengetua yang membuka minda aku melihat peluang-peluang yang sedia terbentang di mata aku!

Ramai di antara kita berpegang kepada: be at the right place at the right time!

Memang betul pendapat itu, tetapi apa yang cuba disampaikan oleh Ecik Ramli ialah membentuk fenomena kebetulan dalam perbuatan kita kerana pada pandangannya:

Tindakan yang betul akan mencipta kebetulan

Kita selalu menganggap kebetulan adalah perkara biasa dan seringkali "taken for granted", tetapi sebenarnya kebetulan adalah suasana yang boleh dirancang supaya membuahkan hasil yang kita idamkan!

To be at the right place at the right time ialah pembentukan keadaan yang ada di dalam tangan kita sebenarnya. Bukan satu kebetulan yang tidak dirancang.

Kebetulan-kebetulan yang betul boleh dicipta sebenarnya menggunakan tindakan dan usaha betul yang sengaja kita lakukan...

No comments: