Kisah aku dengan adik beradik aku biasa jer!! hahahaha..serius! Memandangkan aku adalah anak kedua tetapi anak perempuan pertama maka aku banyak menggalas tanggungjawab sebagai anak sulung!
Mungkin itu yang menjadikan aku lebih dekat dengan keluarga. dan bila dikira perbezaan umur, memang jauh antara kami berdua..aku lahir pada 27 Oktober 1972 dan dia lahir pada 29 Julai 1981. Ijan pula lahir pada 4 Julai 1975
Perbezaan 9 tahun antara Sheda dan aku menjadikan aku sole caretaker dia dari dia baby sehingga lah dia tamat sekolah! dan aku punya prinsip bahawa mereka perlu tahu untuk berdikari dan tidak bergantung kepada kedua ibu bapa.
Alhamdulillah kerana aku rasa kedua-dua adik aku mempunyai kehebatan masing-masing kerana kedua ibu bapa aku sering kali kalah dengan permintaan mereka!! Dan pada aku jugalah kedua mak dan abah sering berpaling untuk memohon agar diluahkan perasan mereka kepada keduanya.
Ijan, didedahkan dengan perhotelan dari usia 17 tahun selepas tamat SPM~ dia bekerja di Hotel Sheraton KOMTAR Pulau Pinang ketika aku sedang belajar disana kerana mudah untuk aku menjaganya...dari situ dia mula mengorak langkah bekerja di hotel-hotel seluruh Malaysia. Ijan juga adalah anak pertama yang keluar dari Malaysia dan bekerja di Beijing, China (dengan Syarikat Ericson Telecommunication) pada usia 19 tahun. Kemudian barulah diikuti oleh kakaknya ke USA!
Selepas aku mula bertugas di Terengganu, Sheda bersekolah di SMK Sultan Mahmud 2, Besut, Terengganu bersama aku dari Tingkatan Satu sehingga Tingkatan Empat. Dia tidak sempat menamatkan Tingkatan 5 nya kerana aku menyambung pelajaran ke UPM. Maka dia dikembalikan kepada mak dan abah!Di sini aku belajar susahnya menjadi ibu dan ayah kepada seorang anak remaja yang menjadikan aku mudah memahami gelodak jiwa anak-anak remaja...bagaimana anak remaja kini amat-amat memerlukan ibu bapa yang benar-benar memahami fasa-fasa yang mereka lalui dalam kehidupan.
Sebagai ibu dan bapa, rasanya kita perlu mempunyai mata hati yang terang dalam menyelami isi hati anak-anak kita. Tugas ini sangat sukar jika pasangan itu tidak memahami tanggungjawab mereka dan hanya menyerahkan kepada satu pihak lagi untuk menyelesaikan selirat masalah di dalam jiwa anak-anak.
No comments:
Post a Comment